Lapan bulan yang lalu, ketika duit dalam wallet sedang mengembang, aku telah mengorder dua biji buku perihal bolasepak hasil karya pengulas bolasepak tersohor di Malaysia, Lucius Maximus. Kira-kira selepas dua minggu, hanya sebijik je buku yang sampai iaitu buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia.

Dan selepas 8 bulan, buku yang ke dua pun sampai iaitu Cerita Piala Dunia. Kira-kira 3 4 hari lepas. Nakal betul Abang Dubook ni buat kerja. Takpe, dapat jugak mengisi waktu bosan aku di UTP ni.

Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia 


Buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia mengisahkan tentang kegagalan skuad Harimau Malaya untuk layak ke Piala Dunia sejak tahun 1970. Sebelum 1970, Malaysia tidak pernah mencuba untuk ke Piala Dunia.

Setiap pusingan kelayakan diolah dengan secara terperinci, termasuklah tentang persediaan, latihan, pemilihan pemain dan juga ulasan perlawanan dalam pusingan kelayakan. Dan setiap fakta yang dikemukakan dan petikan kata-kata jurulatih memantapkan lagi buku tulisan pengasas Sokernet ni.

Dan berdasarkan penulisan beliau, dapat aku bayangkan betapa lemahnya pentadbiran FAM dalam menguruskan bolasepak Malaysia. Kalau anda baca, mungkin anda turut sama-sama mencarut kat FAM.


Cerita Piala Dunia 



Buku Cerita Piala Dunia bukan berkisarkan tentang cerita Piala Dunia semata-mata. Buku ini cuba mengulas kesemua 64 perlawanan yang berlangsung semasa pusingan akhir Piala Dunia 2010 Afrika Selatan. Setiap perlawanan diulas dengan mengaitkannya dengan fakta sejarah, peperangan serta fakta ekonomi negara yang bertanding. Bagaimana perkara ini berkaitan dengan bolasepak? Haa, anda kena baca sendiri.

Apa yang aku boleh cakap, apa yang anda baca dalam buku ni sukar ditemui dalam mana-mana buku lain. Penulis juga ada mengaitkan cerita-cerita yang berlaku semasa Piala Dunia ini berlangsung. Contohnya, kebangangan pengulas RTM yang gagal membezakan antara Piala Dunia dan bola Jabulani, iaitu bola rasmi untuk kejohanan tersebut.

Apa yang dapat aku simpulkan, buku-buku ini patut dibaca oleh peminat tegar bola sepak tempatan. Lagi pun gaya penulisan Lucy sangat professional, tidak seperti hasil penulisan buku indie yang lain. Setiap tulisan dipenuhi fakta, bukan omongan kosong. Dan dalam buku ini juga ada catatan dari setiap pengulas blog Sokernet. Best woo.

Sekarang, aku sedang menunggu terbitnya buku bolasepak tempatan yang lain iaitu Cerita Bolasepak Malaysia, iaitu sebuah projek buku yang mengisahkan tentang bagaimana setiap pasukan negeri yang bertanding dalam kancah bola sepak tempatan menjuarai piala-piala yang dipertandingkan oleh FAM. Piala Malaysia misalnya. Lagi info di SINI. 


Oh ye, buku-buku kat atas ni aku tak nak kasi pinjam kat orang lain haha.