Merungut itu sifat manusia. Merungut dan mengeluh itu merupakan sifat biasa bagi sesetengah manusia apabila ditimpa musibah, masalah atau bala. Dan kadang-kadang perkara-perkara ini membawa manusia menjadi seorang murung dan sedih. Ada yang tidak henti-henti menyalahkan takdir atas segala musibah yang melanda. Mereka tidak mampu menerima bahawa segala yang terjadi adalah di atas kehendak Allah SWT. Ada yang lebih teruk, mencabut nyawa sendiri kerana hilang arah apabila diuji sedemikian rupa.

Kesedihan juga merupakan salah satu ujian daripada-Nya. Kadang-kadang kita sendiri tak tahu kenapa kita rasa sedih. Ia datang dengan sendirinya. Kadang-kadang kita sedih terhadap sesuatu perkara yang menimpa, yang mungkin bagi orang lain itu hanyalah perkara biasa.

Dan memang menjadi lumrah bagi manusia. Apabila ditimpa masalah dan kesedihan mereka akan mencari-cari cara untuk menghilangkan segala masalah yang melanda. Dan biasanya hati sebegini lah yang dekat kepada Nya. Akan mula mengingati-Nya. Seorang kawan pernah pesan, apabila kita mendapat ujian daripada-Nya, itulah adalah tanda Dia rindu kepada kita. Dia nak kita dekat kan diri kepada Dia.

Ujian-ujian sebegini adalah satu cara Allah mendidik manusia. Dia nak kita buang ego kepada Dia dan selamatkan kita dari sifat takabur dan sombong terhadap pencipta. Dia nak kita tunduk kepada Nya dengan penuh rasa rendah diri dan sedar bahawa kita hanyalah hamba yang hina. Dan dengan ujian-ujiannya jugalah, kita akan dijauhkan daripada azab neraka.

Sebab itu, kadang-kadang aku kata segala ujian, segala kesedihan yang melanda, adalah satu nikmat daripada Dia. Bersyukurlah. Usah mengeluh, selalu lah berdoa akan diberikan kekuatan ketika menerima ujian dan dipermudahkan segala urusan. Dan juga mohon supaya dicukupkan segala kekurangan yang ada pada diri.

***** 

Sebenarnya apa yang aku tulis merujuk kepada diri sendiri. Kadang-kadang aku lupa dan lalai segala nikmat yang ada hanyalah sementara. Bila dah susah baru nak dekatkan diri kepadanya. Masalah tipikal bagi umat Islam. Herm, gua rasa malas betei sekarang nak solat berjemaah.

p/s: betul ke tak apa yang aku tulis ni?