Untitled II
Posted In:
Dari hati kehati...
.
By Hazwan
Aku manusia, yang tidak lekang daripada menyesal kesilapan. Andai ada peluang, aku ingin pergi ke masa silam. Aku ingin jumpa dengan diri aku yang dulu, yang dulu dan yang dulu. Aku ingin sampaikan pesan. Yang mungkin dapat mengubah bagaimana aku sekarang. Kesannya masih samar-samar, mungkin aku akan jadi lebih budiman, atau mungkin menjadi manusia berhatikan syaitan. Kadang-kadang, aku ingin meneroka masa depan. Aku ingin lihat bagaimana aku di hari mendatang. Jika buruk, aku ingin betulkan . Jika baik, aku tidak akan hebahkan. Tapi kata pujangga, jangan lah dirisaukan masa depan. Jangan letakkan diri jauh ke depan. Takut sebelum sampai ke masa yang dinantikan. Kita telah pergi mengadap tuhan.
Usah dirisaukan masa depan, hadapi dengan senyuman.
*****
Usah dirisaukan masa depan, hadapi dengan senyuman.
12 Respon untuk kisah Untitled II
Samalah macam aku fikir. Apa kata menyesal hari-hari. Boleh buat perubahan diri lebih baik lagi.
tapi kalau menyesal hari2 tapi asyik meniarap atas katil, macam mana perubahan akan berlaku. haha..
Yang penting apa yang dilaksana buat masa sekarang dan masa depan untuk Dia. Yang lepas, boleh minta diampun.
(; Selamat!
daripada menyesal baik bertaubat..xbaik menyesal..hoho
kalau nak bertaubat, mesti la kena menyesal dengan apa yg kita pernah lakukan kan..
experience is the best teacher.. ~
tiada manusia yang suci dari dosa,melainkan baginda Rasul. kesalahan tu ibarat luka,taubat itu seperti ubat yang menyembuhkan. yg penting,bersyukur kerana kesilapan yg kita bt tu,bt kita sedar,dan makin dekat dgn DIA..
ada hadis menyebut, seorang muslim itu tidak akan terjatuh dalam lubang yang sama 2 kali. Sekali bt salah, esok jangan bt lg kesalahan yg sama :>
Insyaallah,akan cuba lari dr lubang2 itu....thanx =)
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
jadi, sesalan itu besar pekdahnya :)
p/s : sedap dibaca ayat di entri ni. Nice one yau
kih3..aku rasa mcm bolok je
just nak bagitau. tadi masa bukak blogger.com, ter-access masuk ur dashboard. bukan ur dashboard saja, ramai lagi UTPian punya blog yang keluar. mungkin sistem kena hack. tapi jangan risau, saya tak buat apa2 pada blog ni. sekian.
ahaha..semua mcm tu td..thanx =)
Klik Sini Untuk Komen