MARIA: Pergelutan Tiga Penjuru
Posted In:
Buku
.
By Hazwan
Pertama kali melihat kulit buku ini, aku ingat ini adalah
buku biasa-biasa saja. Mungkin hanyalah sebuah novel cinta. Namun, setelah aku
membaca helai demi helai aku menjadi semakin tertarik dengan buku ini. Novel
bertajuk Maria ini merupakan satu kisah benar yang berlaku sekitar tahun 30 an
di Jerman.
Novel ini berkisahkan tentang Maria, seorang gadis Jerman
bermazhab Katolik yang mengharungi liku-liku hidup sebagai anak kepada ibu yang
fanatik pada mazhab itu, sedangkan ayahnya seorang ateis yang sangat bencikan
Islam. Namun, pertemuannya dengan pemuda Mesir beragama Islam, Abdul Wahab
telah mengubah segalanya.
Maria yang sebelum ini sangat kental mempertahankan
agamanya iaitu Kristian Katholik akhirnya tewas dalam perdebatan dengan Abdul
Wahab yang tinggi ilmu agamanya tentang Islam. Akhirnya Abdul Wahab memilih
Maria sebagai isterinya. Tapi ada dugaan yang menimpa. Yang tu, and baca
sendiri hehe.
Antara bahagian paling menarik dalam novel ini adalah
ketika Abdul Wahab berdebat dengan Father Marshall dan juga Maria tentang Islam
dan Kristian. Akhirnya, kedua-duanya memeluk Islam. Aku kagum dengan cara Abdul Wahab berdebat. Novel yang berlatarkan
zaman kejatuhan empayar Uthmaniah ini juga membongkarkan propaganda barat yang
cuba memesongkan akidah umat Islam di Turki dan juga Kristian yang kejayaannya
dapat kita lihat sampai ke hari ini.,
Novel
ini juga membentangkan senario umat Islam yang terlalu ghairah membanggakan
cara hidup barat yang kononnya bertamadun sehingga lemas dan hanyut jauh dari
ajaran Islam yang sebenar. Seperti yang kita dapat lihat sekarang, ramai yang
meminggirkan agama dalam kehidupan, ulama dikatakan kolot, wanita
berlumba-lumba untuk bertelanjang, artis diagung-agungkan, penzinaan merupakan
perkara biasa serta sebagainya.
Novel
ini ditulis oleh Emine atau Aminah
Uzqan Syenlikoghu, penulis terkemuka Turki dilahirkan pada tahun 1953 di bandar
Istanbul. Beliau sempat melalui zaman-zaman perubahan Turki. Apa yang menarik
pada penulis wanita ini adalah beliau pernah dipenjarakan beberapa kali kerana
karya-karyanya.
Konklusinya, anda
patut baca buku ini. Terima kasih kepada Matyo kerana sudi meminjamkan buku ini
kepada aku =D
18 Respon untuk kisah MARIA: Pergelutan Tiga Penjuru
cam menarik, kene cari satu ni..hee
yup... dah baca... buat saya rasa lebih insaf... yang bukan islam pun bole usaha mencari kebenaran sampai begitu sekali... saya sendiri?...
@Najwa ~ ha, cari la..bagus buku ni =)
ejaMaria ~ betul tu..at least terbuka skit akal dan hati kita untuk menilai dan hubungkaitkan apa yg berlaku dahulu dan sekarang..
waa..cam best je kan..lebih kurang cite ayat2 cinta je..erk..belanja kecikk satu buku nie bole??=P
ayat2 cinta jiwang sket..yg ni tak..
hoho..blanja?yg ni pon pinjam dgn orang
menarik jalan cerita dia,macam novel isabella pun ada jugak..pernah baca novel isabella?kisah pasal anak paderi..tak silap kisah benar jugak..tulisan maulana muhammad saeed dehlvi
ouh..belum pernah baca lg.. insyaallah akan dicari selepas ini =)
itu laa..ayat2 cinta tuh jiwang..=)
hee..kecik lupa da tajuk novel yg satu nie..tapi jalan cita not bad..
erk...pnjam2??baru nak suh blnja2..=P
beli r sdiri :P
wah..mcm best ja..nk cari satu...hehe..
cari2 =)
cam berat jugak cite die..
x berat mane pun..lg pun buku ni x tebal sgt..
sounds interesting. pinjam bleh?
saya ni pun pinjam dari org je hehe
nie under sape publication nye? bunyi cam best je..
aaaaa..lupe plak..try la google hehe
awal yang baik
Klik Sini Untuk Komen