Setiap umat Islam yg mengunjungi Mekah, sama ada mengerjakan haji atau umrah pasti berebut-rebut utk mengucup batu Hajarulaswad. Pada pndangan masyarakat barat, perbuatan ini dianggap sbgai satu ritual, tp sebenarnya tak ada kena mengena pun dgn syarat-syarat haji atau umrah. Ia hanyalah sbgai menunjukkan rasa tunduk umat manusia terhadap perintah Allah s.w.t menerusi ajaran dan sunnah yg dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Tp, mengapakah batu ini begitu istimewa? Diriwayatkan bahawa batu Hajarulaswad berasal dr syurga, dan dibawa turun ke bumi melalui malaikat Jibril. Ia kemudian diberikan kpd Nabi Ibrahin a.s utk diletakkan disudut Kaabah. Sekarang ia terletak di sudut timur Kaabah dgn ketinggian1.5 meter dari lantai. Pada asalnya ia berwarna putih ttp menjadi hitam krn dosa anak cucu nabi Adam.



SAINTIS BARAT MEMBUKTIKAN HAJARULASWAD

BUKAN BERASAL DARI BUMI

Namun, saintis Barat sukar mempercayai asal-usul batuan ini. Lalu, seorang ilmuwan Islam, Prof. Dr. Zaghlul An-Najjar telah mengalu-alukan saintis dunia utk membuktikan bahawa asal-usul Hajarulasawad dari syurga sememangnya benar.

Jadi, Lembaga Geografi Inggeris telah menghantar seorang pengkaji utk mengambil sampel batu Hajarulaswad bersaiz mikro. Sampel itu kemudiannya dihantar ke makmal utk diuji kaji.

Hasilnya, mereka mendapati usia batu ini adalah tertua didunia dan kandungan batu tersebut langsung tdk sama dgn mana-mana batuan di bumi. Akhirnya, mereka mengakui bahawa Hajarulaswad bukan berasal dr planet ini krn ia tdk serupa dgn batuan dlm system suria kita. Pembuktian ini sungguh mengejutkan dunia Barat.

Jadi, jika kita ada peluang, kucuplah batu ini. Siti Aisyah ra meriwayatkan Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

“Nikmatilah (peganglah) Hajarulaswad ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal dari syurga dan setiap sesuatu yg keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat”.


p/s: Post ini diubah suai dari artikel dlm buku Infiniti keluaran Disember yg bertajuk “Hajarulaswad dari Syurga” hasil tulisan Rosminah Hj Bakkang. Nak copy jgn lupe link ek =)