“Kekadang mmpi tu ad yg blh kte pcaya. Ada yg tak boleh percaya. Certain mmpi ada bwa mksud sndri. Tp kita tak tahu sejauh mana maksud mmpi tu.. Sampai satu masa bnde tu jd real. Then, time tu bru kita perasan apa yg kte rase time tu pernah jadi dalam mimpi kita. Kadang-kadang mmpi ni mainan tdo je, tak boleh dipercayai.. So cmna kita nk bezakan antara mmpi yg nyata dgn mmpi yg dusta...?”

Ayat kat atas ni bukan aku yg tulis tp seorang akak yg tulis. Dia mntak aku tulis entry pasal mimpi sbb dia baru saje bermimpi pasal satu benda yg pelik tp aku tak tau apakah mimpi tu. Mimpi nk kawen ke kak??haha. Hm, susah gak nk menulis entry mcm ni.

Bg sesetengah orng, mimpi adalah mainan tidur. Tp kadang2, mimpi memberi alamat atau petanda kepada seseorang tentang sesuatu perkara yang bakal terjadi di sekeliling mereka. Ini bergantung kpd jenis mimpi la.

Menurut Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam, berkata:

"Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Adakalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan”.


Menurut sesetengah pendapat, mimpi itu ada tiga jenis:

1. Peristiwa yang menggembirakan yang benar yang terjadi setelah bermimpi, dan ini tidak memerlukan penafsiran.

2. Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diingati dgn jelas oleh orang yang bermimpi.. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang makna atau takwil.

3. Keinginan nafsu.. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran seseorang. Makananya, sesuatu yang kita lakukan atau khayalkan di siang hari atau sebelum tidur selalunya menjelma ketika tidur.

Mimpi sebenarnya ada yg dpt ditafsirkan dan ada yg tak ada tafsirannya. Dan sekiranya mendapat mimpi yang buruk, tentu kita tentu kita merasa tidak senang hati. So, ambillah wuduk sebelum tidur dan bacalah ayat Al-Quran. Ikutlah sunnah Rasulullah S.A.W yang telah diajar oleh Baginda untuk umat-umatnya semoga tidur kita dirahmati Allah Yang Esa.

Rasulullah adalah teladan kita, seluruh perbuatan hariannyaa adalah panduan untuk kita. Jd, dibawah ada sedikit adab2 tidur yg diamalkan Rasulullah S.A.W.

a) Baginda mengambil wudhuk sebelum tidur

b) Baginda tidur dalam keadaan mengiring ke kanan dan meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan

~gambar hiasan~

c) Rasulullah membaca surah-surah tertentu sebelum tidur seperti :
• Surah Al-Ikhlas, Surah AlFalaq, Surah An-Nas
• Surah Al-Kaafirun
• Surah Al-Mulk

d) Rasulullah membaca zikir-zikir. Antaranya seperti :
• Tasbih 33 kali
• Tahmid 33 kali
• Takbir 33 kali

Begitulah sahaja secara ringkas tentang adab tidur Rasulullah S.A.W. Ada lagi yg lain sbenarnya. Same2 la kita amalkannya ek.Hmm, berbalik kpd soalan akak tu, mcm mana kita nk bezakan antara mmpi yg nyata dgn mmpi yg dusta?? Maaf kak, sy tak jumpa jawapan utk soalan akak tu.hehe. sorry..

Special for Kak Nurain Hazrin Haron =)