Salam

Akhirnya, Malaysia berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Sukan Sea slepas menewasakn tuan rumah, Laos dgn jaringan 3 gol berbalas 1. Gol2 Malaysia dijaringkan oleh Badrol Bakhtiar dan juga Safiq Rahim.

Tak sia2 aku pakai jersi Malaysia mlm ni walaupun hanya dgn berkain pelikat.haha. Tp malam ni aku kurang brpuan hati dgn pasukan Malaysia. Jentera tengah agak kurang berfungsi. Nasib baik defend agak ok, dan Laos pun bkn nye bagus sangat. Kalau lawan pasukan yg lebih kuat, komfem kalah.huhu

Time Laos menyamakan kedudukan td, aku hampir mmbuang jersi Malaysia aku selepas diejek oleh kakak sdiri. Nasib baik Malaysia dpt jaringkan gol lpas tu. Fuhh

Apa2 pun. Tahniah buat team Malaysia yg berjaya layak ke perlawanan akhir. Syabas kpd Nurshahrul Idlan Talaha yg menunjukkan aksi yg mantap dan juga kpd Badrol Bakhtiar yg menjaringkan 2 gol. Semoga Malaysia dpt bermain dgn lebih baik dlm final nnti menentang Vietnam, lawan yg menewaskan Malaysia dlm peringkat kumpulan hari tu.

Last, aku nk mntak maaf kat mak aku krn jeritan aku time gol kedua td telah mnegejutkan dia dr tidur.hehe. sorry2.

Kat bwh ni ialah gambar-gambar pemain Malaysia yg berjaya merangku pingat emas pd Sukan Sea 1989 di Kuala Lumpur, 20 tahun yg lalu. Semoga pemain Malaysia skarang dpt mngulangi pencapaian diorang =)


SKUAD BOLASEPAK SUKAN SEA 1989