"Life is just a series of moments.If you miss the moments,you miss your life." - Robin Sharma, The Monk Who Sold His Ferrari.

Aku tak kenal Robin Sharma. Warna kereta Ferrari dia pun aku tak tahu. Namun kata-kata yang aku petik daripada status Facebook seorang kawan, terasa sangat ‘deep’nya. Seperti seorang Adel yang sedang rolling dalam-dalam.

Bukan Adel AF2014.

Sebenarnya aku mula merindui momen-momen lampau. Dan mungkin benar, aku merindui kehidupan aku yang dulu. Aku yang dulu. Dan, kawan-kawan disekeliling yang dulu. Atau mungkin aku tak dapat menerima fasa kehidupan aku sekarang.

Mungkin, aku kecewa dengan kehidupan sekarang. Tapi bukannya aku tidak bersyukur.

Benar, kehidupan aku dulu agak susah tapi aku rasa agak tenang. Masalah itu ada, tekanan pun ada, tapi tidak lah seperti sekarang. Aku hilang arah.

Sekarang, aku sudah ada apa yang aku tiada dulu. Walaupun bukan semua. Aku ingat, dengan apa yang aku ada sekarang, aku akan dapat apa yang aku mahu. Apa yang aku ingin kan.

Namun aku silap.

Akhirnya aku faham daripada sudut yang lain, duit bukan segala-galanya. Dan rezeki itu memang milik tuhan.

Ya Allah, permudahkan lah.

 **** 

 Kau baca? Mesti tak faham.