Aku sekarang berhadapan dengan satu masalah besar. Seekor makhluk berbulu kesayangan ramai telah melancarkan perang najis kepada aku.

Kejadian pertama berlaku beberapa hari yang lepas. Baju yang aku baru kering selepas dibasuh menjadi jamban kepada seeokor kucing yang identitinya telah dikenal pasti. Sudah la berak, keropok lekor yang aku baru bawak dari kampung pun diserang juga. Habis.

Kejadian baru sahaja berlaku tadi. Jika sebelum ni dia berak dalam bilik aku, hari ni dia berak dekat ruang tamu. Celaka betul. Sanggup bersusah payah untuk masuk dalam rumah semata-mata untuk berak.

Sedih tu memang sedih. Dah la dari kecik aku memang tak suka kucing. Basuh berak dia pun lagi lah tak pernah. Tiba-tiba, diwaktu ramai kawan seusia mula membasuh berak anak sendiri, aku mula membasuh berak kucing. Dah la najis terkena tangan. Down.

Persoalannya, apakah hukuman setimpal yang perlu aku bagi supaya kucing itu takut nak datang lagi? Nak pukul macam kesian sangat.

Seorang kawan mencadangkan agar dubur kucing itu disapu dengan minyak angin, supaya kucing itu asyik berasa pedas di lubang duburnya. Amacam?