Masa semakin pantas berlalu. Sama seperti teknologi maklumat, yang pantas berkembang dengan inovasi-inovasi baru. Sekarang kita berada dalam zaman dimana mempunyai smartphone adalah satu keperluan.

Dan bila terlalu ramai mempunyai smartphone, maka muncul lah pelbagai group Whatsapp yang boleh dikatakan hampir setiap orang menggunakan apps ini untuk menggantikan SMS sebagai penghubung.

Aku ada problem sikit dengan Whatsapp ni, atau secara spesifiknya kepada group Whatsapp. Ok, cerita dia macam ni.


Dulu sebelum era smartphone, tak ramai yang jadikan internet ini sebagai antara keperluan utama mereka kecuali pelajar universiti, orang yang bekerjaya tinggi sikit dan juga pencari rezeki di internet. Atau kata lain, kebanyakkannya orang muda,

Pada masa tu, orang menggunakan internet melalui PC. Kalau canggih sikit guna laptop.

Waktu zaman universiti dulu, aku merupakan salah seorang pengguna tegar internet ni. Atau bahasa lainnya, dah macam ketagih. Kalau internet terputus, boleh jadi gila.

Sebagai seorang yang rajin membaca bahan bukan ilmiah di internet, banyak jugak website, blog, forum dan pelbagai tempat lain yang aku luangkan masa untuk membaca. Pelbagai cerita tahyul, teori konspirasi, gosip artis, lawak jenaka, komik troll dan bermacam lagi yang aku jadikan bahan bacaan. Semua aku hadam.

Sekarang zaman dah berubah, Smartphone sekarang dimiliki oleh semua orang, daripada sekecik-kecik budak yang pergi taska sampai lah pakcik dan makcik yang sudah pencen. Seperti yang aku sebut diawal tadi, pasal group Whatsapp.

Sebenarnya aku dah naik bosan dengan pelbagai perkongsian, cerita lama yang dianggap baru, lawak-lawak lama dan pelbagai benda-benda basi yang wujud dalam group Whatsapp. Contohnya gambar hantu lama yang dianggap baru jumpa semalam, kes pukul JPJ kerana no plat padahal tu cerita dua tiga tahun lepas, peluang kerja baru yang dah setahun orang forward tapi tak pernah habis, mesej berantai penjaga Kaabah dan macam-macam lagi.

Tu tak termasuk lagi bila orang muda bergurau, orang yang tua mengganggap itu serius.

Tapi jangan risau tuan tuan dan puan puan, aku dah mute untuk setahun.

*****

Hmm, aku masih mencari mood nak menulis ni. Jaga-jaga.