"Bosan betul hari ni. Tak tahu nak buat apa. Ada idea?" - aku tanya hosmet aku yang sedang kehulu-kehilir dalam rumah dengan hanya bertuala. Hosmet aku ni hitam orangnya, macam bangla.

"Apa susah. Takkan kau takda hobi? Buat lah hobi kau tu," - dan dia pun hilang, disebalik pintu bilik air. Aku masuk ke bilik, duduk atas katil dan cuba berfikir dengan malas.

Betul jugak. Isi lah masa lapang dengan hobi. Tapi sekarang aku dalam krisis tiada hobi untuk mengisi masa lapang. Dah macam hilang arah.

Dulu aku minat blogging. Aku bayang kan blog ini akan aktif sampai bila-bila. Namun aku silap. Aku telah kehilangan sumber inspirasi untuk menulis. Tapi aku masih tak tahu apa dia sumber inspirasi yang aku maksudkan.

Atau mungkin kerana kewujudan media sosial yang lain yang membuatkan aku mula mengabaikan hobi menulis di blog aku ni?

Tapi sejak dua menjak ni, teknologi semakin tersebar meluas. Semua orang ada smartphone. Hampir semua ada facebook, instagram, twitter dan bla bla bla.

Aku mula rasa tak selamat menulis dan membebel di medium sebegini. Rasa tiada kebebasan.

Jadi aku rasa aku patut kembali aktif ber-blogging memandangkan tiada lagi stalker di facebook dan twitter yang suka intip aktiviti harian aku.

Ok, nak tulis apa ni?