Kereta Audi R8 Spyder aku meluncur laju menghala ke Kuantan selepas dua hari menghabiskan masa di kampong. Aku hanya memandu dengan perlahan. Tidak manis rasanya menunjuk-nunjuk kemampuan kereta import aku ini kepada orang ramai.

Sampai di Politeknik Dungun, lampu isyarat menunjukkan warna merah. Aku berhenti. Aku memandang kiri kanan memerhatikan pemandangan gadis-gadis politeknik melintas jalan sambil bergelak ketawa bersama rakan-rakan.

Ada yang menjeling kepada aku, tapi aku buat-buat sombong.

Aku perhatikan cermin pandang belakang kereta Audi aku ni.
Jelas kelihatan dua pasang kekasih sedang bermesra dalam kereta. Aku syak, mereka berdua masih belum kahwin kerana nampak masih muda ditambah lagi dengan kewujudan stiker ‘P’ yang dilekatkan di cermin kereta.

Aku perhatikan saja drama dalam kereta belakang. Si lelaki duk bermain tangan si perempuan sambil bergelak ketawa. Tiba-tiba si perempuan mengangkat tangan kiri dan mencium ketiaknya lalu berkata sesuatu kepada lelaki. Dan mereka bergelak ketawa.

Ish, mereka ni bersembang apa agaknya.

Lampu isyarat kembali hijau. Aku menekan minyak dan meninggal kan pasangan tadi jauh kebelakang. Ahh, hanya secebis drama dunia.

 ***** 

Okey, pasal kereta Audi tu aku tipu.