Persimpangan Dilema


Kawan aku cakap, umur macam aku ni dikira sebagai ‘peak-time’ dalam membuat keputusan. Kerana dalam umur macam ni, banyak keputusan yang perlu diambil yang aku rasa pasti mempengaruhi keseluruhan hidup selepas ni.

Dalam keadaan macam ni, diri akan diselubungi dilema. Seolah-olah diri berada di satu persimpangan jalan yang ada banyak cabang. Takut tersilap pilih cabang, akan menyesal sepanjang hayat.

Hidup sebenarnya ada banyak peluang, ada banyak pilihan. Terpulang kepada kita untuk membuat keputusan walaupun bukan selalu kita diberikan pilihan. Kadang-kadang tak ada langsung. Tapi apabila ada banyak pilihan, aku rasa nak kejar semua. Tapi bila fikir-fikir balik, takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Tapi aku rasa aku dah buat pilihan. Walaupun pilihan dia hanya ada dua; terima atau tolak. Apa nak jadi, jadi lah. Lagi pun aku ni bukan jenis manusia yang suka menyesal lama-lama.

Oh ye, aku bukan cakap pasal nak memilih calon bini.

Comments

Wadi AR said…
baru nak komen pasal bini tu ko dah tulis. kehkeh
Hazwan said…
aku dah tau ape yang ko pikir ish3
Anonymous said…
boleh open table
Unknown said…
da decide?so jawapan dia ape?nk reserve rumah..hehe
Hazwan said…
@Anon ~ makan je kau tahu eh??


@lipan ~ ade problem sket herm3
beliamuda said…
Pasal kerja la ni eh?

Ce citer panjang lebar sikit...
azwa amani said…
xtau lah ang dok buat pilihan ape, tapi Allah tunjukkan jalan, dengan istikharah, sebb die penentu jalan, minta tolong lah kat Dia, pastu ang guna akai ngn hati ang, bezakan pilihn yg mana paling baik tuk ang, amani nak komen lelebih pun xbleh...sebb xtau ang dok buat pilihan apa.. huhuhu :) by the way, salam ramadhan.. raya mai umah..
Hazwan said…
insyaallah.. ;)


salam ramadhan. rumah kat mane yer? :D

Popular Posts