Dan brader Tabligh tadi beredar dari bilik aku. Nama dia Aazim. Budak Phd yang berasal daripada Pakistan. Semangat betul dia. Dah beberapa kali dia datang ajak aku untuk ikut dia pergi berdakwah di kawasan Seri Iskandar. Tapi jawapan yang aku bagi, “Insyaallah, nanti saya fikir kan balik.”

Aku bukan saja-saja menolak ajakan diorang, tapi mak aku ada pesan,”Mu jangang galok gatal nok ikut orang-orang gitu. Gi belajor sapa abih dulu.” Pesanan mak masa mula-mula masuk U dulu aku masih ingat. Aku tahu, mak aku risau kalau aku mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar.

Mu jangang ikut perangai Adang Adli tu.” Ok, yang ni aku tambah sendiri hahaha. Adam Adli tu takpe, dia anak orang kaya, tak perlu fikir nak tanggung keluarga. Sebab tu dia ada banyak duit nak merantau satu Malaysia dengan idea ‘kuasa Mahasiswa’ beliau. Dia tak ada impian macam aku, nak senangkan kehidupan mak ayah dulu dengan titik peluh sendiri.

Ok, aku dah lari topik.

Sebenarnya masyarakat kita masih ramai yang memandang serong terhadap golongan tabligh ni. Mungkin kerana terdapat kes-kes terpencil mereka yang mengikut golongan tabligh ni sampai mengabaikan pelajaran, berhenti belajar pun ada. Gagal belajar pun ada. Sebab tu mak aku risau kot. Mungkin.

Bagi aku usaha mereka ni patut dipuji walaupun sesetengah mereka ada yang ‘berbau’ sikit haha.

Bila fikir-fikir balik, menarik jugak ajakan brader Pakistan tu. Sebab dakwah tu tanggungjawab semua orang Islam, bukan sesetengah je. Lagi pun dia hanya mintak sehari dalam 30 hari dalam hidup aku untuk aku luangkan masa untuk mengikut mereka. Tahu tak, sehari dalam 30 hari. Takkan tak mampu nak luangkan masa sebanyak tu untuk mengajak orang ke arah kebaikan. Kan?

Tapi bila cerminkan diri sendiri, aku tau aku tak layak nak berdakwah. Kenapa aku cakap aku tak layak? Sebab aku kenal diri aku ni sape. Akan tetapi yang sebenarnya aku masih tak puas enjoy dalam hidup kat dunia sementara ni. Aku bukan budak alim bro >__<