Petang-petang yang indah begini, manusia-manusia di UTP mula bertebaran di merata tempat. Ada yang ke padang, court futsal, tasik dan juga ke tempat aktiviti sukan yang lain.

Sepatutnya hidup aku seperti itu lah. Perlu diisi dengan aktiviti bersukan yang dapat mengeluarkan peluh dan memecahkan lemak di badan. Risau jugak kadang-kadang melihat lemak-lemak comel di perut. Lembutnya seperti belon. Suka bergerak-gerak mengikut hayunan badan. Tak macam dulu, ada six pack kental di badan. Ok, yang ni aku tipu.

Bak kata orang, bila kehilangan satu nikmat baru kita akan mula menghargai nikmat tu. Macam aku, dah mula merindui nikmat-nikmat berlari di tasik, berkejaran dan menyepak bola di padang, serta membuat servis kuda semasa bermain takraw. Part servis kuda ni pun aku hiperbola-kan sikit. Ok.

Sebab tu aku hairan dengan manusia yang suka berkurung dalam bilik, lebih suka bersosial di laman sosial, menghabiskan menonton movie series dan juga main game. Gaya hidup tak sihat langsung. Tak bosan ke mengadap computer tu memanjang.

Ok, straight to the point. Aku jeles sebenarnya tengok orang yang dapat bersukan, hidup dengan normal. Tapi kadang-kadang geram tengok orang yang malas bersukan. Tak sayang diri langsung. Nak tunggu sakit dulu baru nak start jaga badan?

****

Herm, sape nak keluar jalan-jalan? Aku nak follow.