'Maknga' atau 'cakduh', kedua-dua perkataan ini merupakan loghat Terengganu yang merujuk kepada sikap lalai dan cuai. Malam dua hari lepas, sifat 'maknga' aku terserlah lagi. Malam tu aku tidur tanpa menutup tingkap, walaupun aku perasaan angin yang bertiup malam tu sejuknya lain macam. Seperti ada tanda-tanda nak hujan.

Tak sampai setengah jam tidur, aku terjaga. Seperti ada percikan air mata mengenai muka. Ingatkan setan mana yang kencing. Aku pandang tingkap, dengan rabun aku dapat melihat tempias hujan masuk ke dalam bilik dengn rancaknya. Lantai bilik mula basah. Dan laptop aku sudah bergenang dengan air mata langit.

Aku bingkas bangun dan cepat-cepat menutup tingkap. Laptop yang tidak ditutup sebelum tidur, aku tutup. Aku lap bahagian keyboard dan skrin, dan juga meja yang basah. Aku tak tahu nak buat apa lagi. Aku pun sambung tidur.

Keesokannya, laptop tidak menyala bila aku hidupkan suis. Aku mula rasa tak sedap hati. Aku contact budak UTP yang buat bisnes baiki laptop. Pagi tu jugak aku hantar laptop aku kat dia. Bila aku cerita kisah sebenar, dia cakap peluang untuk laptop aku hidup adalah 50%. Aku terkesima sekejap. Dah la hari tu ada presentation FYDP. Dah la laptop aku sebelum ni dah kena curi. Dah la sistem kewangan aku kucar kacir. Dah la..


****
Selepas abis presentation FYDP, aku menghabiskan masa-masa membaca buku yang aku beli dengan baucer buku hari tu. Sempat jugak aku habiskan membaca buku Zombijaya.  Kemudian aku sambung dengan membaca buku Ustaz Azhar Idrus: Daie Sejuta Ummat. Sempat jugak aku habiskan separuh buku. Best jugak.

Tiba-tiba satu mesej masuk dalam inbox telefon genggam Nokia aku.

'Salam. Laptop kau berjaya diselamatkan,' - satu mesej cukup bermakna yang aku terima hari ni. Dengan cepat aku bergegas ke V3. Budak-budak yang tengoh shooting video entah apa-apa langsung aku tak pedulikan.

Dah dapat laptop, cepat-cepat aku pulang kebilik dan update blog. Kepada bro Hazim, terima kasih kerana tolong aku, walaupun pertolongan itu perlu dibayar haha.

Hari dah nak hujan. Cepat-cepat tutup tingkap ;D