Rojak Pak Lah || Kedai Makan Kuantan
Posted In:
Jalan-Jalan Cari Makan
,
Pahang
.
By Hazwan
Aku mula-mula tahu pasal Rojak Ayam Pak Lah ni kira-kira tahun lepas. Waktu tu aku ada terbaca satu blog, dia siap letak gambar. Tu yang buat aku terliur sesangat tu. Kemudian aku terlupa pasal rojak ni hinggalah aku sembang dengan Chief Nami pasal rojak ayam ni.
Berdasarkan hasil google–lan aku di internet, Rojak Ayam Pak Lah merupakan salah satu tempat makan yang wajib dikunjungi kalau berada di Kuantan. Kedai rojak ni terletak di Taman Gelora, berhampiran pantai dimana airnya langsung tidak menunjukkan tanda-tanda gelora. Mitos agaknya.
Jadi dua minggu lepas, aku dan hosmet berkunjung ke sana untuk menikmati rojak ayam yang dikatakan sangat sedap tu. Di sana, ada banyak pilihan campuran rojak dan anda boleh memilih sendiri. Selain ayam, ada juga perut lembu, lempung, sotong dan juga udang. Dan tentunya harganya berlainan.
Namun sedikit kecewa kerana perut lembu dan paru sudah habis. Betul lah kata Chief Nami, kalau nak datang sini, kena pergi awal-awal. Kalau datang petang, tinggal sikit-sikit je.
Tapi dapat merasa Mee Rojak Ayam pun dah sedap bagi aku. Kuahnya memang terbaik. Tak macam kat kedai mamak luar UTP, kuah nya rasa sirap.
Tapi, aku masih tak puas hati tak dapat merasa Mee Rojak Ayam campur perut dan lempung lembu. Jadi sempena cuti Deepavali, hari ni aku sekali lagi pergi ke Taman Gelora bersama Zaza dan Wafiy.
Sebelum masuk waktu Zuhur lagi aku dah terpacak kat depan kedai tu. Waktu tu, kedai dah hampir penuh. Meja kosong pon tinggal dua je lagi. Dan seperti yang nafsu aku inginkan, aku order Mee Rojak ayam, lempung dan perut lembu. Dan hasilnya seperti gambar dibawah.
Pehhh. Memang membukit pinggan aku waktu tu. Nak pecah perut aku lepas habis makan. Jadi jumlah harga untuk menu aku adalah RM8.20. Kalau anda ambil Mee Rojak ayam campur sotong seperti Wafiy ambik, harganya RM11. Untuk Mee Rojak ayam, harganya RM5. Untuk harga lain, anda boleh pergi ke kedai tu, tengok senarai harga sendiri :P
Jadi pesan aku kepada anda semua, pastikan anda datang awal jika ingin ke kedai Rojak Pak Lah ni, sila kosongkan perut dahulu dan jangan berlebihan bila makan, takut membazir. Tapi kalau perut besar macam tong ikan, tak kisah :)
Selamat menjamu selera ;)
10 Respon untuk kisah Rojak Pak Lah || Kedai Makan Kuantan
jauhnyaa aku nak p sana semata makan. nampak menggiurkan. gulpp
alhamdulillah..nama aku tak kelihatan dalam post kali nih..lagi2 part perut cam tong ikan tuh..keh2
Awal tu kul bape liau??
Haha...xjelas....
xjelas mcm ais lemon tea..
rase tea yg jelas..rase lemon yg jelas...haha =p
Nampak sangat meliurkan..hehe
sedap ka?sedap ka?sedap ka?
@Wadi @JungRara @CijNana ~
Sangat mengeliurkan dan tersangat sedap:P
@pojie ~ aku takde niat langsung nak tujukan part tong ikan tu kat ko. ape kan daya kah3
@Nasrullah ~ ermm, dalam tengah hari la. sebelum zuhur =)
ooo kat taman gelora...pernah makan nasi ayam je, mee rojak tak pernah..tu pun kawan yang bawak..ok la sempat juga singgah sana walaupun 2 bulan je kerja kat Kuantan...hehe
Haaa, kalau datang Kuantan lagi, ape kate singgah kat sana :)
sedapnyaa...
Salam. Kami warga pak lah rojak ayam mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan kami. Ingin kami maklumka bahawa kami ada menyediakan tambahan menu utama rojak iaitu rojak daging,ikan dan pari dan kami namakan rojak tersebut sebagai "rojak ngamok !!!". Semoga dengan adanya menu2 ini, dapat memberi kepuasan kepada pelanggan kami semua. Selamat datang ke paklah rojak dan nasi ayam taman gelora. Wassalam
Klik Sini Untuk Komen