Abah cakap, manusia kat dunia ni umpama buah kelapa yang melekat di pokok kelapa. Ada yang gugur masa muda, ada yang gugur bila dah tua, dan ada jugak yang dah tua tapi masih tak gugur-gugur.

Sama jugak macam manusia. Kita tak tahu apa yang akan berlaku lepas ni. Mungkin kita akan gugur awal seperti kelapa muda yang gugur selepas ditebuk tupai. Atau mungkin kita akan gugur lambat. Sebab itu hidup kita ni perlu merancang. Mungkin sebelum kita tua, pelbagai dugaan yang akan menimpa, sama seperti kelapa muda yang diserang tupai.

Oleh itu, sebelum kelapa dah nak busuk, tangkai dah hampir putus, sentiasalah merancang untuk masa depan. Jangan boros suka enjoy sana-sini. Belajar untuk berjimat dan jangan membazir. Kerana masa depan tidak pernah menjanjikan apa-apa.