Tap! Tap! Tap!

Aku menimbang bola takraw seorang diri di luar rumah. Dah lama rasanya aku tak bermain bola takraw ni. Seingat aku, sebelum aku pergi praktikal dulu. Kira-kira dua tahun yang lepas.

Tap! Tap! Tap!

Susah betul nak menimbang bola takraw sekarang. Kalau dapat timbang tiga kali tu dah kira bernasib baik. Lagi pun kaki aku masih belum sembuh sepenuhnya selepas kecederaan dulu. Tak macam zaman first year dulu. Hari-hari aku main takraw. Setakat nak servis bola menjunam laju-laju, aku mampu buat. Kot. Tapi sakit pinggang sikit la. Kalo timbang bola takraw, kacang je bagi aku. Tapi takde la sampai seratus hihi

Tap! Tap! Tap!

Sambil main, aku usha kawasan sekeliling. Kalau ada jiran lalu, boleh jugak bertegur sapa. Dah sebulan lebih aku kat Bandar Damansara ni. Sorang jiran pun aku tak kenal haha. Tiba-tiba ada sorang brader lalu sambil menolak anak beliau yang diletakkan dalam kereta baby. Aku cuba-cuba buat mesra. Aku senyum dulu baru menegur.

“Tinggal kat mana bang?” aku tanya. Dia pun menunjuk ke arah satu rumah yang betul-betul mengadap rumah aku. Cilakak, camne la aku boleh tak cam muka jiran depan rumah. Dekat pulak tu. Malu weiii. Kahkahkah

Tap! Tap! Tap!

Aku sambung main lagi. Bola jatuh bergolek. Aku kejar bola dengan gaya sedikit pelik. Tiba-tiba ada sorang budak kecik datang. Kat bawah matanya seperti ada kesan baru habis menangis. Kena marah dengan mak dia agaknya.

“Nak main dik?” aku tegur sambil ajak-ajak ayam. Dia menjawab tanpa suara, tapi melalui ekspresi muka yang malu-malu. Aku faham, aku bukan nak ajak main betul-betul. Bola ni keras.

“Kenapa tak main kat padang sana?” tanya budak tadi sambil menunjuk ke satu arah. Aku pandang ke arah padang tu. Kosong.

“Kat situ ada orang main ke?” tanya aku. Macam bodoh je soalan aku ni.

“Takde..” jawab budak tu sambil tersengih.

“Adik ni umur berapa tahun?”

"Enam tahun.."

Tap! Tap! Tap!

Aku sambung main bola takraw. Tiba-tiba Pojie pulang dari kerja dengan memakai coverall kuning. Dah macam model iklan Digi aku tengok.

“Abang yang tadi tu kerja bomba ke?” tanya budak tadi selepas Pojie masuk kedalam rumah.

“Yerr,” aku jawab, malas pulak rasanya nak layan budak-budak.

“Tapi kenapa dia tak naik lori besar-besar color merah tu?”

Alamak, aku terperangkap. Kemudian aku cakap yang Pojie tu sebenarnya kerja Petronas. Dia blur, entah tahu ke tidak Petronas tu ape benda.

“Kat sini ada dua kereta je ke?” tanya dia lagi. Sebab ada dua kereta je kat kawasan parking dalam pagar. Yang lain semua parking luar.

“Eh, tak lah. Ada tiga bijik lagi kat luar sana..”

“Kereta yang lain tu, sape yang nak bawak?”

“Kat rumah ni ada ramai orang. Kereta ada 5 bijik, motor ada dua..” aku eksplen sedikit panjang.

“Dah ada anak?” tanya budak tu lagi.

Aku tersentak. Aku berhenti timbang bola. Lemak-lemak perut aku rasa berdenyut. Aku pandang muka budak tu dengan serius.

“Takda. Abang tak kahwin lagi,” jawab aku dengan sedikit tegas. Tiba-tiba aku teringat pesan Harun yang menyuruh aku cukur misai dan potong janggut biar nipi-nipis. Hermm.