Pagi tadi aku bangun subuh agak lambat. Tapi aku tak pasti kalau pukul 6.40 tu dikira lambat atau tidak bagi anda. Keluar dari bilik, aku menuju ke bilik air. Di tengah-tengahnya ada dapur. Bila lalu je aku perasan, ada ramai brader berkopiah tengah berkumpul. Tapi aku tak cam muka sebab tak pakai spek, ditambah lagi dengan kepala masih mamai.

Aku terdengar ada orang baca quran. Aku syak, diorang sedah berusrah. Tiba-tiba aku rasa malu. Yela, ketika orang lain dah setel solat subuh, siap berusrah lagi, aku masih terkedek-kedek nak nak pergi ambil air sembahyang.

Habis solat, aku cuba muhasabah diri sorang-sorang; satu perkara yang jarang aku buat sebenarnya. Tiba-tiba aku terfikirkan sesuatu, kenapa kita cepat malu dengan manusia bila melakukan sesuatu kesalahan, tapi tak pernah malu dengan Allah bila melakukan dosa? Kenapa?

Kenapa orang tidak berasa malu bila beromen dalam semak beralaskan suratkhabar? Tapi bila kena tangkap tutup muka guna suratkhabar kerana malu? Kenapa?

Aku tinggalkan anda semua dengan persoalan itu. Pandai-pandai lah fikir sendiri. Nak huraikan panjang-panjang bukan orang nak baca pon. Ok, babai.