Kira-kira 6 jam sebelum sepak mula, aku mengajak Ayim untuk menonton perlawanan akhir EURO 2012. Pada mulanya dia menolak, ada lab katanya. Namun dia termakan jugak dengan pujuk rayu aku. Lagi pun, EURO ni 4 tahun sekali je kan. Hari tu, dia jugak yang beria-ria nak ajak aku tengok EURO sama-sama.

Plan aku, nak bertolak ke kedai mamak sejam lebih awal. Sebab biasanya kalau lambat sikit kedai mamak akan penuh. Dia tak macam solat Jumaat, imam dah nak angkat takbir pun masih ramai yang terkedek-kedek berjalan dari kereta dan motor. Memang tak reti nak datang awal agaknya.

Kemudian, aku lompat atas katil dan kunci jam kat henfon. Aku set alarm berbunyi tepat-tepat pukul satu. Malam tu aku nekad nak menyokong Itali kerana aku terlalu anti dengan Sepanyol yang mempunyai ramai peminat dan juga ramai pemain Barcelona. Bagi aku pasukan Itali adalah penyelamat, sama seperti final World Cup 2006 dimana mereka menumbangkan Perancis yang juga pasukan yang aku benci dari kecik. Kenapa? Cuba baca balik sejarah World Cup 1998.

Dan aku terlelap.

***** 

Tiba-tiba aku terjaga. Aku rasa tak sedap hati kerana suasana terlalu sunyi. Namun aku cuba sedapkan hati yang game masih belum bermula. Aku bangun cepat-cepat dan cari balik henpon aku. Bila tengok jam kat henfon, aku terkejut. Sudah pukul 4.30 pagi. Ini bermakna game sudah habis. Kecewa jap. Salah aku jugak kerana ter-silent-kan henfon.

Aku cuba pujuk hati sekali lagi yang game berlanjutan ke masa tambahan. Harap-harap macam tu la. Aku bukak laptop dan cek facebook. Aku terkejut lagi. Sepanyol menewaskan Itali dengan jaringan empat gol tanpa balas. Rasa macam tak percaya. Macam dalam mimpi. Dan aku harap aku masih bermimpi.

Dan aku perasan ada gtalk daripada Ayim. Kesian dia tunggu aku. Sori bro, terlajak tidur sikit kah3