Harapan

Bila lagu ini terpasang, fikiran bagai melayang-layang. Terasa diri ini berada dalam dorm Umar, duduk atas kerusi plastik mengadap tingkap yang terbuka luas. Terbayang saat-saat membelek buku latihan Biologi kulit merah ketika teman yang lain masih enak dibuai mimpi sambil diselimuti angin sejuk pada waktu pagi Jumaat. Sambil-sambil mendengar radio Era daripada radio buruk yang entah siapa yang punya.

Bila lagu ini terpasang, lekas-lekas aku menyalin lirik di belakang kulit buku. Dan peristiwa itu, suasana itu, perasaan pada waktu itu kembali dirasai bila lagu ini terpasang pada saat ini. Mungkin benar lagu adalah salah satu medium untuk menyimpan memori. Ok, tiba-tiba gua rindu MRSM KT.

****

Harapan - Fazli Zainal

Doaku agar kaukan selalu bahagia, 
Agar kau temui insan tulus menyayangimu, 
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu, 
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa, 

Ku tinggalkan memori bersamamu, 
Kuundur diri bersama harapan. 

Chorus : 

Tidak kesampaian cinta kita, 
Kubawa harapan kupendam rahsia, 
Ku dikejauhan mendoakan, 
Agar kau bahgia tiada lagi duka. 
Daku rela mengundur diri, 
Ku pasti dikaukan fahami ... 

Tiada penyesalan kasihku korbankan 
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta, 
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku, 
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku...


Comments

Raz said…
lagu ni agak glamour la kt skolah dulu tp mane die skrg ek?

senyap jer

suara dia dahlah best
Hazwan said…
entah..kuar satu lagu terus senyap..

tapi lagu ni mmg best pon ;)
azwa amani said…
mcm same je..amani pun time dok hostel dulu, curi2 bawa hp masuk dorm, malam2 dgr lagu nak stay up study..pastu kalau terdengar lagu best, kat tepi2 buku revision pun leh jadi tempat tulis lirik.. hhuhu..pastu bile buku kat sepupu2 semua tanya,study ke berangan sampai ada lirik lagu.. huhuhu..lagu harapan ni banyak mksud ..best
Hazwan said…
jarang sebenarnye sy conteng buku dgn lirik..aritu je tibe2 tulis..biasala study bio, mengantuk+tak minat haha

Popular Posts