Arwah pakai baju kaler putih. Aku hanya pemain import waktu ni.
Kira-kira dua minggu selepas aku keluar dari hospital, keluarga arwah Khairul Hakimi datang menziarah. Dengan membawa satu tin biskut di tangan, mereka datang dengan raut wajah yang masih dalam kesedihan. Sebelum pulang, mereka ada pesan, kalau ada masa datang lah ke rumah mereka.

Akhirnya selepas setahun lebih peristiwa itu berlalu, aku pergi menjenguk diorang. Aku pergi ke rumah arwah bersama Eju. Amir Ber pun ada jugak kerana rumah dia dekat dengan rumah arwah iaitu di Kepong. Bukan Bukit Kepong ye.

Duduk bersembang dengan ayah dan ibu arwah, sebak jugak sebenarnya. Tapi terpaksa ditahan. Yela, bila mendengar cerita-cerita tentang arwah daripada ibu bapanya sendiri. Aku dapat rase betapa rindunya mereka terhadap anak mereka yang paling kurang karenah dalam keluarga. Ditambah lagi dengan peristiwa yang berlaku sebelum kematian arwah dan juga semasa hari pengebumian buat aku sedih, kagum dan juga malu dengan diri sendiri.

Bapak arwah cakap, tahun 2011 adalah tahun tragis bagi beliau. Selepas kehilangan anak, beliau juga kehilangan ibu daan juga sebatang jari kaki kiri akibat kencing manis. Namun, kesedihan beliau sedikit terubat dengan sebuah buku yang ditinggalkan arwah. Buku itu dijumpai dalam beg pakaian arwah dan masih dalam bungkusan plastik. Tajuknya kalau tak silap, “Seni Mengubat Kesedihan”. Itu lah buku yang dibaca oleh family arwah untuk mengubati kesedihan terhadap anak mereka.

Tadi, aku sempat menziarahi kubur arwah bersama Eju, Amir dan bapanya. Akhirnya hajat aku untuk ke kubur arwah tercapai. Sempat jugak kami menghadiahkan bacaan Yaasin untuk arwah. Semoga dia tenang di alam sana.

Kepada kawan-kawan yang mengenali arwah, bapak dia pernah pesan, jangan segan untuk ke rumah dia. Walaupun arwah dah tak ada, tapi ibu bapanya masih ada. Mungkin kedatangan kamu semua dapat mengubat kerinduan ibu bapanya terhadap arwah.

Bye ;)