Hari ini banyak betul benda yang terjadi, dari pagi sampai lah ke waktu aku sedang menulis entri ini. Bangun pagi, jam sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Rumet pulak masih terbongkang di atas katil. Ini bermakna aku terpaksa solat Subuh secara gajah. Biasanya waktu pagi aku akan breakfast bersama kawan-kawan yang lain di Restoran Taman Maju kerana harga makanan kat situ tersangatlah murah. Namun, mood yang kurang elok kerana bangun lambat membantutkan niat aku untuk bersarapan.

Pukul 9 pagi, Migho ajak pergi memancing di tasik UTP. Katanya, cuaca mendung memang sedap untuk memancing. Aku terus bersetuju dengan cadangan beliau. Namun sampai saja di sana, cuaca kembali panas. Maka terpaksalah aku berjemur di bawah terik mentari untuk memancing ikan menggunakan umpan yang baru. Namun sayang,hasil tangkapan adalah kosong. Betul kata orang tua, kalau bangun awal rezekinya murah. Kalau bangun lambat? Anda sambung sendiri yer.

Selepas 2 jam berjemur, aku pulang ke bilik. Kerana lapar, aku ke dapur untuk masak nasi. Kemudian, aku mengutip baju-baju yang terperap untuk dibasuh. Aku basuh baju dengatn tangan je, malas nak turun bawah untuk guna mesin basuh. Lagi pun guna tangan ni dapat menyihatkan badan, macam exercise la omputih cakap.

Lepas jemur baju, mandi dan solat Zohor, aku bergegas ke dapur untuk mencedok nasi ke dalam pinggan. Dengan berlaukkan sambal daging, sambal tok-tok dan sebotol budu, aku layan lunch sorang-sorang sambil menonton cerita Pontianak Kampung Batu. Sebenarnya cerita ni dah lama aku tengok, tapi still tak habis lagi. Sebab sekali tengok, 10 minit je. Lepas tu aku tutup untuk disambung bila aku rasa nak makan dalam bilik lagi.

Lepas makan, seorang kawan lama menyapa aku di Google Talk. Lama betul tak bertanya khabar. Dia tanya, apa masalah aku sebenarnya. Mula-mula malas jugak nak cerita. Memandangkan aku rasa aku perlu cerita hal ni kepada seseorang yang aku selesa, aku pun cerita lah. Nak menangis jugak dia bila aku cerita masalah aku ni. Mesti korang nak tahu jugak kan pasal masalah aku ni? Malas la aku nak citer :P

Dalam pukul 4, mata dah mula mengantuk. Tapi aku tahan kerana pada pukul 5 ada perlawanan bolasepak antara Malaysia dan Myanmar. Aku risau jadi macam semalam, aku tidur pukul 4, bangun pukul 7.30. Ini gara-gara aku ikut kawan-kawan yang lain pergi gym pagi semalam. Letih nak mampus kot. Jadi, aku meluangkan sedikit masa untuk menjadi manager bola sekejap.

Pukul 5, aku dah terpacak di kafe v5. Perlawanan separuh akhir Sukan Sea antara Malaysia dan Myanmar bermula. Dan permainan Malaysia kali ini agak mengecewakan, seperti hilang arah. Nasib baik gol Fakri Saarani pada minit terakhir perlawanan menyelamatkan segalanya. Final skor, Malaysia 1 Myanmar 0. Tahniah Malaysia!! Semoga berjaya mengekalkan Pingat Emas Sukan Sea untuk dua kali berturut-turut. Aaumm!!

Balik bilik, aku berdinner seorang diri dengan makan Goldon Bleu yang di beli di kafe V5 sambil melayan komen-komen di facebook. Kebanyakannya padal bola. Tiba-tiba rumet aku pulang dari memancing. Demn, banyak giler ikan dia dapat. Pagi tadi aku pergi memancing tak dapat pulak ikan. Herm, nampak gaya esok ada pesta makan ikan kat Sabilah yeah! ;D

Kepada anda yang membaca entri ni sampai habis, aku tak faham kenapa anda baca. Bukan menarik sangat pon. Aku menulis kerana aku rasa lega selepas menyiapkan sesuatu entri, segala kekusutan dalam kepala akan hilang macam tu aje. Tapi sebenarnya aku ada perkara lain untuk diceritakan, tapi aku malas nak cerita. Lupakan je lah.

p/s: Bukan senang nak ingat apa yang kita nak ingat, dan bukan senang nak lupa apa yang kita nak lupa. Kan?