• Bangun pagi ini, senyuman masih tidak putus-putus aku hamburkan kepada skrin laptop. Kemenangan Malaysia terhadap Indonesia semalam masih terasa dalam fikiran. Ini kerana, ia bukan sekadar kemenangan mendapat pingat Emas Sukan SEA, tapi ia lebih daripada itu. Ia merupakan kemenangan yang penuh bermaruah untuk mengembalikan martabat Malaysia yang dianjing-anjingkan dan dipijak-pijak rakyat Indonesia sebelum ini. Masih ingatkah anda dengan peristiwa lagu Negaraku dicaci ketika dimainkan?
  • Walaupun pelbagai serangan mental dilakukan terhadap skuad Harimau Malaya, termasuklah dicerca dan dimaki, keracunan makanan, penginapan yang jauh dari stadium dan juga terpaksa menaiki Baracuda untuk ke stadium kerana bimbang dengan tindakan peminat fanatik Indonesia, akhirnya Malaysia berjaya menumpaskan keegoan Indonesia di gelanggang sendiri. Tahniah Malaysia. 
  • Walaupun kehilangan beberapa tonggak utama seperti Zaharul Nizam dan Syahrul Azwari, ia langsung tidak menjejaskan permainan Malaysia. Pemain Malaysia memang terbaik ketika menyerap tekanan dari dalam dan luar. Banyak gerakan yang merbahaya namun ketumpulan jentera serangan mengecewakan segalanya. Barisan pertahanan Malaysia memang hebat termasuklah Zubir Azmi yang berlari tanpa henti sepanjang permainan. Dan akhirnya, dia terpaksa menjalani ujian dadah kerana mempunyai stamina yang luar biasa. Ish, tak habis-habis nak dengki. 
  • Suasana di UTP semalam sangat menakjubkan. Sorakan demi sorakan oleh warga UTP memang penuh bersemangat di kafe V5. Sampai ada yang panjat kerusi dan meja. Yang patah spek pun ada sebab bersorak tak ingat dunia. Dan yang paling best, ketika bersorak dan melompat sambil memegang bahu beramai-ramai. Priceless moment beb!! Kepada penyokong Indonesia yang turut berada di kafe semalam, aku kagum dengan semangat anda walaupun nampak segan-segan nak bersorak hehe 
  • Seperti yang dijanjikan, hari ini aku pakai jersi Malaysia ke kelas dan ramai juga yang turut sama menyahut saranan aku ni. Terima kasih kepada Fahmi, Pojie, Faiz dan Adi yang turut memakai jersi Malaysia. Tak lupa juga Farahin yang turut memakai jersi Harimau Malaya. Aaumm! 

  • Hari ni aku ada dua kelas satu jam, dan kedua-duanya habis awal. Mungkinkah ini kerana kemenangan semalam? Namun yang paling best seorang lecturer perempuan yang mengajar OM turut menyindir Fakri Saarani kwkwkkwkw
  • Ketika pulang dari kelas dengan menaiki motorsikal, seorang driver lori dan beberapa penumpang menjerit Malaysia Boleh kepada aku kerana memakai jersi Malaysia. Yang melambai dan mengangkat tangan pun ada hahaha. Happy giler! 
  • Kepada orang Indonesia, aku bukannya anti Indonesia. Aku cuma anti dengan mereka yang suka melakukan provokasi melampau-lampau serta tidak menghormati Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat. Pemain Indonesia pun ok jer, Cuma sesetengahnya aku sedikit menyampah seperti Diego. 
  • Kemenangan di Stadium Bung Karno semalam adalah mewakili semangat juang semua atlit yang berjuang di Sukan Sea 26. Tanah Tumpah Darahku. Malaysia Boleh!! Aaumm!! (sambil buat gaya Lisa Surihani)