sebelah kiri tu coursemate aku


Tronoh Theater Shop atau pun lebih dikenali sebagai TTS merupakan satu kumpulan teater yang terkenal di dalam UTP. Kalau kat luar UTP aku kurang pasti. Dulu aku bukan tau sangat pasal teater ni. Tapi selepas menonton persembahan TTS di malam penutup Independence Week UTP 2008, aku mula tertarik. Maksud aku tertarik nak menonton, bukan nak berlakon.

Selepas persembahan teater Mahkamah Lorong dan Tuah Hang Jebat serta beberapa persembahan lain, hari ini aku sekali lagi meluangkan masa untuk menonton mime show daripada TTS yang bertajuk Ash in The Ashes. Kalau tak tahu, mime show ni merupakan lakonan yang tidak mengeluarkan suara, hanya mimik muka dan pergerakan badan yang bercerita. Macam badut rasanya kih3. Nak tengok mime show ni, kena bagi fokus yang tinggi. Kalau tak, anda akan lost dalam dunia sendiri.

Ash In The Ashes berkisahkan tentang kehidupan peragawati yang agak menyedihkan. Selepas begitu lama menjadi peragawati, dia mula tidak disukai oleh orang ramai. Peragawati ini akhirnya membawa hati yang sedih dan bekerja di sebuah kelab (rasa-rasalah). Kemudian, dia berkenalan dengan seorang jejaka dan akhirnya berkahwin (walaupun tiada babak kahwin, aku main agak-agak je haha). Namun langit tak selalunya cerah. Suaminya meninggal  akibat kemalangan ketika dia sedang sarat mengandung. Dalam kepayahan, akhirnya dia berjaya melahirkan sepasang bayi kembar sebagai bukti cinta dia dan suaminya. Namun, kedua-dua anaknya meninggal kerana kecuaian dia sendiri. Kemudian, peragawati ini menjadi gila. Camtu la kot sinopsis dia.

Apa yang boleh aku cakap, mime show tadi agak sedih terutamanya time citer dah nak habis. Aku dapat rasa kesedihan peragawati ini. Walaupun ada yang gelak-gelak melihat aksi pelakon ini, tapi aku dapat memahami perasaan sedih beliau selepas kehilangan suami dan anak. Aku ingat aku sorang je yang rasa begitu, rupa-rupanya kawan-kawan aku yang lain pun sama. Tahniah kepada TTS kerana berjaya membuat satu persembahan mengagumkan sebentar tadi. Bukan senang woi nak berlakon dan bercerita tanpa suara.

Sebenarnya persembahan tadi aku tafsirkan mengikut kefahaman aku sendiri je. Mungkin tak sama dengan apa orang lain faham dan tak sama dengan apa yang pelakon nak sampaikan. Tapi aku nak pesan sikit kat TTS, promosi untuk mime show ni tak meluas sangat. Macam ramai je yang tak tahu. Dan tak nampak pun muka junior-junior yang datang. Makwe-makwe pun tak ramai sangat tadi. Eh?

Kepada TTS, persembahan tadi best! (walaupun ada sesetengah part aku dah tengok sebelom ni >_<)