Hari ini semua orang kecoh dengan tarikh 11.11.11. Seperti yang aku jangka, status facebook dan twitter dipenuhi dengan angka-angka ini. Ada yang mengatakan tarikh ini sangat istimewa, bermakna, dan bertuah. Tetapi ada juga yang mengatakan ia ada kaitan dengan kebangkitan atau pemujaan syaitan. Aku tak faham betul lah, ramai yang menyebarkan perkara-perkara sebegini tanpa menyelidik terlebih dahulu. Yang aku dapat buat hanyalah gelak sorang-sorang.

Pada tarikh ini juga naqib usrah aku pada zaman foundation akan menamatkan zaman bujang beliau. Tahniah kepada Abg Zaman yang akan diijabkabulkan pada malam ini dengan pilihan hati beliau. Dan ramai lagi sebenarnya yang akan berkahwin pada hari ini. Yang lebih kelakar bagi aku, ada yang sanggup menunggu pukul 11.11 pagi untuk akad nikah. Kalau hantaran RM 11, 111.11 tu biasalah. Tapi kalau aku, aku buat hantaran RM1, 111.11 je. Murah sikit hehe

Tapi aku pelik jugak dengan sesetengah ibu bapa yang menempah perkhidmatan bersalin di hospital untuk melakaukan pembedahan melahirkan anak pada tarikh ini. Info ni aku dapat dari seorang kawan. Tak kesian ke kat baby tu, tak puas lagi duduk dalam perut ibu tapi terpaksa keluar awal kerana tarikh punya pasal. Dan tak ada side effect ke kalau bedah macam tu? Yang ni aku tak tahu. Tapi beruntung la kepada mereka yang dilahirkan di Terengganu hari ni. Kerana nombor kad pengenalan mereka akan bermula dengan 8 digit nombor 1 iaitu 111111-11-****. Macam cantik, kan?

Namun, tarikh hari ini juga mungkin diingati sebagai tarikh malang bagi mereka di luar sana. Contohnya seperti kejadian malang yang menimpa rombongan sekolah dari Kulim pada awal pagi tadi. Bas yang mereka naiki terbabit dengan kemalangan di Behrang yang menyebabkan 3 kematian dan 22 orang yang lain tercedera. Takziah untuk mereka. Mungkin banyak lagi kejadian menyedihkan yang menimpa orang lain pada hari ini yang kita tak tahu. Renung-renungkan.

Yang penting, semoga tarikh-tarikh yang cantik seperti ini tidak dijadikan oleh pasangan kekasih untuk membuktikan cinta mereka dengan menghasilkan anak-anak luar nikah. Dah boring aku baca pasal isu buang anak ni. Hermm!