Harimau Malaya 1 GaruDada 0



  • Satu gol dari Syahrul Azwari sudah cukup melenyapkan cemuhan daripada 80 ribu penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno atau lebih sesuai dipanggil padang ragut. Jeritan ‘maling’ kepada pemain, provokasi ketika lagu Negaraku dimaainkan dan bermacam cemuhan diterima berjaya dimatikan melalui hantaran cantik daripada Mahali Jasuli yang disempurnakan dengan kemas oleh Syahrul Azwari. Tahniah Syahrul! Tahniah juga kepada pemain Malaysia yang berjaya menyerap tekanan daripada pemain dan penyokong pihak lawan.
  • Fakta menarik, Syahrul Azwari berumur 18, berjersi 18, telah jaringkan gol pada minit ke 18 pada 18hb (di Indonesia dah 18hb).
  • Aku kagum dengan Nazmi Faiz.
  • Rasanya dah banyak kali aku mengutuk Izzaq Faris Ramlan dalam blog ni. Selepas berjaya menjaringkan gol yang cantik ketika bertemu Thailand dan seterusnya ketika menentang Kemboja, dia sekali lagi mengecewakan aku, dan juga rakyat Malaysia yang lain. Aku tak tahu nak salahkan dia ataupun kerana faktor padang yang amat buruk, yang lebih buruk dari padang ragut di Stadium Shah Alam. Kalau tak dah menang 3-0 dah tadi.
  • Dengar cerita Indonesia hanya menurunkan skuad ke-dua dalam perlawanan sebentar tadi. Ini bermakna itu bukanlah kekuatan Indonesia yang sebenar. Mereka masih menyimpan kekuatan mereka untuk separuh akhir. Dan aku harap, Indonesia akan tewas kepada Vietnam di separuh akhir nanti. Taklah serabut sangat dengan penyokong diorang di final nanti.
  • Lari sikit dari cerita bola. Aku rasa kebanyakan jurukamera suka fokuskan kamera kat makwe-makwe cun. Contoh yang terbaik adalah dalam perlawanan tadi. Dan part paling kelakar ketika seorang lelaki berkopiah putih bercakap dengan makwe freehair kah3. Hurm, dulu time aku tengok Forum Perdana Hal Ehwal Islam, jurukamera dia pun macam tu jugak. Fokus kat perempuan je. Ish!
  • Dan pengulas Astro Arena tadi memang suka buat aku pecah perut. Mamat dua orang tu mengulas bola macam bersembang kat kedai kopi. Bermacam-macam ayat kelakar yang keluar ketika mengulas bola tadi. Tapi sekurang-kurangnya lebih bagus daripada pengulas TV3 ketika perlawanan menentang Thailand hari tu. Bila Thailand menyamakan kedudukan, terus pengulas tu cakap peluang Malaysia telah tertutup. WTF?
  • Aku harap, Harimau Malaya akan terus mengaum di bumi Indonesia untuk mengekalkan Pingat Emas Sukan Sea untuk kali ke-dua berturut-turut. Tahniah Malaysia, Tanah Tumpah Darahku. Aaumm!
Video Malaysia 1 Indonesia 0 ( Sukan Sea 26)

Comments

Amin Baek said…
kat bayan pulak,penonton bersorak bila nampak awek melintas kedai al bayan..hahaha..ces..

btol2..nazmi faiz tadi kool btol handle bola tu..future malaysia star..rasa better letak syahrul as striker a pasni..mengancam sikit..wing boleh kasi kecik(kalau sempat sembuh la)..izzaq,sedih btol aku tengok tadi..punya nais bola kat dia..huhuh..-_-"
penaberkala said…
nazmi faiz berbakat kot
relax gila main, dah la rajin kejar bola
kat mana-mana pun ada
memang torbaikkkkk


hoh, menang jugak akhirnya depan puluhan ribu penyokong tuan rumoh
naling gok tadi,haha
azwa amani said…
huhuhu..amani dgr jugak pengulas tu smabiol mngemas barag2 praktikum...huhu..lucu asenye..
Hazwan said…
@amin ~ izzaq sepatutnye jadi sub je nnti hehe

@penaberkala ~ hhaha..aku x debor lasungg

@amani ~ ouh...praktikal eh
alongxp said…
gud job team harimau malaya... harap prestasi diorg akan meningkat lagi...
C`ayob.com said…
petang ini..malaysia boleh....arif...sudikahnak tukar link ke(bloglist???

Popular Posts