Catatan

Beberapa coretan pendek yang sempat aku tulis semasa berada di hospital dan juga selepas beberapa hari di rumah

  • Apabila anda berhati-hati di jalanraya, tidak semestinya anda akan selamat kerana belum tentu pengguna jalan yang lain akan berhati-hati seperti anda.
  • Akan tiba pada satu masa, malaikat maut akan berada terlalu hampir dengan kita.
  • Betullah apa yang iklan dalam TV cakap, pakai seatbelt kat belakang memang penting.
  • Perlukah kalampatah.blogspot.com ditukar kepada pehapatah.blogspot.com?
  • Manusia memang cepat melupai sakit.
  • I love my housemates.
  • Mak bapak mane yang tak sayangkan anak.
  • Rezeki tak akan habis selagi nyawa masih di badan.
  • Kita boleh mengulang pelbagai test, exam, project atau semester bila gagal dalam hidup tapi kita takkan mampu mengulangi nyawa apabila gagal untuk hidup.
  • Rezeki yang kita perolehi, perlu dikongsi bersama orang yang lain.
  • Nurse di Kelantan sangat lemah-lembut jika dibandingkan dengan nurse di Terengganu.
  • Nurse di Kelas 1 di Terengganu sangat baik jika dibandingkan dengan Kelas 3. Mentang-mentang la bayar mahal.
  • Momen itu sangat indah.
  • Terharu giler dengan kawan-kawan yang datang melawat T___T
  • Best jugak bila makan ada orang tolong suapkan.
  • Aku seorang yang hebat dan kuat, kalau tak Allah takkan uji aku dengan ujian seberat ini ^__^
  • Ada seorang brader dalam keadaan kritikal selepas seekor lintah memasuki badannya. Lain kali jangan tunggu sampai empat hari baru nak datang hospital.
  • Susah kot nak masukkan ubat pelawas melalui lubang du*** ni Y__Y
  • Aku ingat dia datang nak bawak kentang putar.
  • Gunakan masa sihat untuk beribadat, bukannya menunggu waktu sakit.
  • Nasib baik sentiasa bersama kita walaupun ketika dalam kesusahan.
  • Manusia sentiasa dibebankan dengan memikirkan perkara yang tak patut difikirkan oleh mereka.
  • All Izz Well.

Comments

beliau..
tol Allah xkan uji hambaNya yg lemah.
ko insan terpilih.
moga dgn dugaan ini..
segala dosa kecil ko hilang.
semoga cepat smbuh shabat.

ko pemimpin terbaik pernah ak kenal..
percaya la setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Unknown said…
"Nurse di Kelantan sangat lemah-lembut jika dibandingkan dengan nurse di Terengganu." ==> ak nak kawen ngan nurse klate ah gitu..hehe..
penaberkala said…
kalampatah = pahapatah?
hahaha, dekat-dekat dh tu
terbaik la catatan
sehari satu point ko yau?
lipandipehaku....
lawan poji...
ko kat peha...dia betis je...
masuk geng lipandikakiku =p
btw...get well soon bro!
All Iz Well (^_^)
Hazwan said…
ajaa~pemimpin??hahaha..ketua kelas je pun hehe..thanx

pai~tobak eh..pndapat aku disokong kakak2 aku haha

penaberkala~x jugak..kadang2 trlintas dlm kepala hehe

nasrullah~lipan aku kecik jer..haha..xley2..btw, tq bro..all iz well!!
Anonymous said…
moment indah itu aku tahu ape.........
haha... :p
sakit-sakit pun sempat lagi buat lawak encik KP ni.. mungkin lepasni kena tukar panggil PP plaks~

nice pond to ponder, fikiran akan lebih cerah untuk berfikir pada waktu kesakitan dan kesulitan.

Allah telah berjanji, jika kamu dalam keadaan sakit mengucapkan alhamdulillah, jika mati dijanjikan syurga, atau jika sembuh akan digantikan tulang dan daging ditubuhmu dengan yang lebihh baik dari sebelumnya.
Allah janji!
(Mukasyafah al-Qulb, karangan imam al Ghazali).
Hazwan said…
Anonymous~ape???

norashikin~thanx a lot =)
::mareney:: said…
i loike this :
Perlukah kalampatah.blogspot.com ditukar kepada pehapatah.blogspot.com? smpat g melawak..haha~
Hazwan said…
hehe..thanx 4 de cake mareney..nntikan nye dlm next post =D

Popular Posts