Sekejap je masa berlalu. Dalam sekelip mata, nasib manusia boleh berubah. Dalam sekelip mata, nyawa manusia boleh melayang. Begitulah kehidupan, malang tidak berbau. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya.

Di sini, aku nak minta maaf kepada sesiapa saja yang banyak aku susahkan dalam tempoh aku menjadi seorang OKU ni. Terima kasih buat famili yang banyak memberi sokongan dan dorongan untuk aku, serta tidak penat melayan karenah aku semasa aku sakit. Tidak lupa juga buat kawan-kawan yang datang melawat, seriusly korang buat aku terharu giler terutamanya yang sanggup datang dari Kelantan dan juga KL. Jauh kot T__T

Buat mereka yang datang melawat aku kat Hospital Kuala Krai dan Gua Musang hari tu, sorry sangat-sangat. Aku tak sedar langsung. Bukan pengsan tapi tertidur hehe. Dan yang paling penting, untuk dua budak UTP yang aku tak pernah aku kenal sebelum ni, Ecah dan Akhiri, terima kasih banyak kerana banyak menolong time accident hari tu. Nanti balik UTP, aku nak jumpa =)

Dan paling last, terima kasih buat mereka-mereka yang kol, mesej dan tulis ucapan kat wall FB. Sorry again, aku tak mampu nak reply semua. Terima kasih kerana banyak doakan aku. Doakan aku cepat pulih dan mampu kembali ke UTP secepat yang mungkin. Thanx, I love u all. Bye~