Malam semakin gelap dan sunyi. Planet-planet di cakerawala terus berputar di paksi masing-masing hingga ke suatu masa yang pastinya tiada siapa yang tahu. Jam sekarang menunjukkan sudah pukul 2.30 pagi. Aku masih merenung laptop dengan perasaan kosong, tak tahu nak buat apa.

Insyaallah, esok aku akan bertolak pulang ke kampung halaman di Terengganu untuk menjenguk mak dan abah serta adik-beradik yang lain. Kali ni aku akan menumpang kereta Amin bersama dua kawan yang lain. Sebenarnya, aku merancang untuk tidak tidur pada malam ini kerana kami semua akan bertolak sebelum subuh. Jadi aku mengambil peluang ini untuk menyiapkan sedikit assignment yang telah lama tertangguh.

Namun, maklumat yang di cari susah nak jumpa. Berkali-kali aku Google namun masih sukar ditemui. Jadi aku meneruskan malam dengan menatap laptop dengan fikiran yang kosong tanpa tujuan. Sama jugak seperti entri ini yang ditulis dengan perasaan yang kosong. Aku hanya menulis untuk mengisi kekosongan masa yang aku ada tapi isinya tiada, hanya kosong.

Aku mambaca kembali setiap perkataan, setiap ayat yang aku tulis. Fikiran aku kosong. Aku buntu, tak tahu bagaimana untuk mengakhiri entri kosong ini.