Beberapa coretan pendek yang sempat aku tulis semasa berada di hospital dan juga selepas beberapa hari di rumah

  • Apabila anda berhati-hati di jalanraya, tidak semestinya anda akan selamat kerana belum tentu pengguna jalan yang lain akan berhati-hati seperti anda.
  • Akan tiba pada satu masa, malaikat maut akan berada terlalu hampir dengan kita.
  • Betullah apa yang iklan dalam TV cakap, pakai seatbelt kat belakang memang penting.
  • Perlukah kalampatah.blogspot.com ditukar kepada pehapatah.blogspot.com?
  • Manusia memang cepat melupai sakit.
  • I love my housemates.
  • Mak bapak mane yang tak sayangkan anak.
  • Rezeki tak akan habis selagi nyawa masih di badan.
  • Kita boleh mengulang pelbagai test, exam, project atau semester bila gagal dalam hidup tapi kita takkan mampu mengulangi nyawa apabila gagal untuk hidup.
  • Rezeki yang kita perolehi, perlu dikongsi bersama orang yang lain.
  • Nurse di Kelantan sangat lemah-lembut jika dibandingkan dengan nurse di Terengganu.
  • Nurse di Kelas 1 di Terengganu sangat baik jika dibandingkan dengan Kelas 3. Mentang-mentang la bayar mahal.
  • Momen itu sangat indah.
  • Terharu giler dengan kawan-kawan yang datang melawat T___T
  • Best jugak bila makan ada orang tolong suapkan.
  • Aku seorang yang hebat dan kuat, kalau tak Allah takkan uji aku dengan ujian seberat ini ^__^
  • Ada seorang brader dalam keadaan kritikal selepas seekor lintah memasuki badannya. Lain kali jangan tunggu sampai empat hari baru nak datang hospital.
  • Susah kot nak masukkan ubat pelawas melalui lubang du*** ni Y__Y
  • Aku ingat dia datang nak bawak kentang putar.
  • Gunakan masa sihat untuk beribadat, bukannya menunggu waktu sakit.
  • Nasib baik sentiasa bersama kita walaupun ketika dalam kesusahan.
  • Manusia sentiasa dibebankan dengan memikirkan perkara yang tak patut difikirkan oleh mereka.
  • All Izz Well.