Group Whatsapp

Masa semakin pantas berlalu. Sama seperti teknologi maklumat, yang pantas berkembang dengan inovasi-inovasi baru. Sekarang kita berada dalam zaman dimana mempunyai smartphone adalah satu keperluan.

Dan bila terlalu ramai mempunyai smartphone, maka muncul lah pelbagai group Whatsapp yang boleh dikatakan hampir setiap orang menggunakan apps ini untuk menggantikan SMS sebagai penghubung.

Aku ada problem sikit dengan Whatsapp ni, atau secara spesifiknya kepada group Whatsapp. Ok, cerita dia macam ni.


Dulu sebelum era smartphone, tak ramai yang jadikan internet ini sebagai antara keperluan utama mereka kecuali pelajar universiti, orang yang bekerjaya tinggi sikit dan juga pencari rezeki di internet. Atau kata lain, kebanyakkannya orang muda,

Pada masa tu, orang menggunakan internet melalui PC. Kalau canggih sikit guna laptop.

Waktu zaman universiti dulu, aku merupakan salah seorang pengguna tegar internet ni. Atau bahasa lainnya, dah macam ketagih. Kalau internet terputus, boleh jadi gila.

Sebagai seorang yang rajin membaca bahan bukan ilmiah di internet, banyak jugak website, blog, forum dan pelbagai tempat lain yang aku luangkan masa untuk membaca. Pelbagai cerita tahyul, teori konspirasi, gosip artis, lawak jenaka, komik troll dan bermacam lagi yang aku jadikan bahan bacaan. Semua aku hadam.

Sekarang zaman dah berubah, Smartphone sekarang dimiliki oleh semua orang, daripada sekecik-kecik budak yang pergi taska sampai lah pakcik dan makcik yang sudah pencen. Seperti yang aku sebut diawal tadi, pasal group Whatsapp.

Sebenarnya aku dah naik bosan dengan pelbagai perkongsian, cerita lama yang dianggap baru, lawak-lawak lama dan pelbagai benda-benda basi yang wujud dalam group Whatsapp. Contohnya gambar hantu lama yang dianggap baru jumpa semalam, kes pukul JPJ kerana no plat padahal tu cerita dua tiga tahun lepas, peluang kerja baru yang dah setahun orang forward tapi tak pernah habis, mesej berantai penjaga Kaabah dan macam-macam lagi.

Tu tak termasuk lagi bila orang muda bergurau, orang yang tua mengganggap itu serius.

Tapi jangan risau tuan tuan dan puan puan, aku dah mute untuk setahun.

*****

Hmm, aku masih mencari mood nak menulis ni. Jaga-jaga.

Comments

--PopCorn-- said…
totally agree!!! sbb ramai sangat reporter xbertauliah yg suke share mukumat xsahih.. pastu ade nota kaki, xsure just share drp kwn bla bla bla... annoying!!! hahaha

but seriously baru tahu fungsi ni after bace this post!!! hahaha..
jom start gune mute setahun!!! hahahaha
Sangkuriang said…
Saya pun dah mute. Tak sanggup baca beratus2 whatsapp dari satu group ni. Dari pagi hingga ke malam tiap2 hari. Mula2 dalam setahun tu boleh layan lagi , tapi bila asyik berborak kosong je naik bosan pulak.

Cerita tengah buat apa, nak pergi mana, nak masak apa . Yang paling mual bila melarat2 borak lucah. Geli pulak sebab umur2 semua dah lanjut tapi borak macam orang2 muda :( .

Ada pula seorang dua yang jenis suka beritahu dia baru balik dari masjid lah, baru habis mengaji lah. Rasanya tak perlu kot sebab dah timbul isu riak pulak rasanya. Belum masuk lagi yang suka post gambar rumah & kereta besar dia atau yang suka post 'lokasi' dimana saja dia berada.

Tak ketinggalan ada yang berlagak macam uztaz, ialah dengan imej dia berjanggut & berkupiah bagai tapi bila berborak lucah tu lupa pulak kopiah kat kepala tu.

Popular Posts