Positif

“Salah satu masalah utama orang kita, apabila mengalami masalah mereka akan cuba mengubah system supaya sesuai dengan kehendak mereka. Itu salah sebenarnya. Sepatutnya kita perlu belajar mengubah diri untuk supaya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang ada. Baru kita boleh berjaya….”

Kata-kata Dr Azmi pagi tadi masih terngiang-ngiang dalam kepala. Aku fikir ayat tu dalam-dalam. Ada betulnya kata beliau. Kenapa aku tak cuba mengubah diri? Kenapa aku perlu mengubah system yang telah sedia ada? Kenapa orang lain perlu berubah untuk kebaikan aku? Sedangkan aku sepatutnya belajar untuk selesaikan masalah yang ada dengan cara aku sendiri, tidak terlalu menutup ruang kotak fikiran untuk berfikiran lebih jauh.

Aku cuba memujuk hati dengan menerima kata-kata beliau. Memang susah untuk memujuk hati, untuk menerima kenyataan bahawa aku perlu meneruskan pengajian disini sehingga semester depan. Tapi itu lah hidup,bukan semua benda yang berlaku akan mengikut apa yang kita inginkan. Bukan semua benda yang berlaku mengikut apa yang dirancang.

Dr Azmi cakap, guna masalah ini untuk mematangkan diri dan memantapkan diri kita untuk menempuh kehidupan di hari mendatang. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku cuba berfikiran positif, walaupun aku tahu masalah pasti akan datang bila-bila masa sahaja. Tapi hidup yang takda masalah mana mencabar kan?

Terima kasih kepada Dr Azmi dan juga Dr Murni yang sudi meluangkan masa hari ni dan semalam untuk membasuh hati aku yang tengah down. Aku down kat hati je, kat muka aku tak tunjuk, baru awet muda kah3.

Kata-kata diatas tu jugak buat aku terpikir, Allah telah turunkan al-Quran sebagai asas kepada system kehidupan kita. Setiap apa yang kita buat perlu berlandaskan al-Quran. Tapi kenapa kita masih hidup dalam system yang dicipta oleh manusia? Ok, abaikan.

Comments

Hazwan said…
fua tgh rilek la ni. goyang2 kaki haha

Popular Posts