Pukul 8.30 malam aku dah terpacak depan tv kat kafe V5. Tujuannya ada dua, menonton perlawanan bolasepak kelayakan Olimpik antara Malaysia dan Jepun dan juga meeting bersama groupmate FYDP. Seperti yang dijangka, Malaysia kalah agak teruk kepada Jepun dengan jaringan 4-0. Kekalahan itu memang sudah diduga, tapi jaringan yang agak besar itu sedikit mengecewakan.

Bila menonton bola sambil meeting ni, aku tak dapat nak fokus. Tengok bola pun takleh fokus, kat meeting pun tak dapat nak menyampuk sangat. Sebab tu aku tak dapat memberi komen sangat dekat corak permainan Malaysia. Sesekali sempat jugak mengintai pemainan Nazmi Faiz, bagi aku dia lain dari yang lain. Dan ada sesuatu yang menghairankan, kenapa Muslim Ahmad tidak bermain malam ni?

Malam ni jugak berlangsungnya manifesto pilihanraya kampus UTP. Tapi aku sedikit pelik, kenapa nama calon yang bertanding tidak diberitahu awal-awal. Sekurang-kurangnya rakyat UTP dapat tahu nama-nama mereka yang bertanding. Mungkin selepas mendapat tahu nama yang bertanding akan dapat membuka mata pelajar UTP yang lain untuk menjenguk manifesto malam ni. Lagi pun, bukan semua orang mampu untuk hadir ke manifesto bakal MPPUTP ni. Ada yang pergi kelas, ada yang meeting, ada yang study untuk test esok . Yang tengok bola pun ada.

Satu lagi yang aku pelik, sejak PRK lepas lagi aku dah pelik. Kenapa pelajar yang sedang berpraktikal tidak dibenarkan mengundi? Sedangkan mereka inilah yang akan kembali di UTP sem depan dan meneruskan pengajian dibawah pimpinan MPP baru. Apa guna ada system yang mahal dan canggih-manggih tapi tak boleh digunakan untuk mengundi secara online (bagi mereka yang tiada di UTP). Seorang lecturer pernah bagitau, UTP dah habiskan terlalu banyak duit untuk PRISM dan hasilnya? Sampah.

Ok, dah. Aku tak boleh nak komen banyak-banyak pasal PRK ni. Dan aku harap akan ada update tentang manifesto yang berlangsung tadi. Mungkin ada pembaharuan, atau mungkin hanya recycle manifesto calon-calon yang lepas. Semoga MPP yang bakal dilantik ini akan dapat membawa satu perubahan baru di UTP, seperti yang dilakukan MPP 2010/2011/2012 dibawah pimpinan Hamzah. MPP sebelum ini ada sedikit kelainan berbanding MPP sebelumnya.

Dan aku harap, harapan aku tidak akan menjadi sekadar harapan. Sama seperti harapan mereka-mereka di luar sana.