Hari ni aku agak kecewa dengan diri sendiri. Entah macam mana aku boleh terlepas pandang dengan satu event yang dah lama aku tunggu iaitu Bengkel Pengurusan Jenazah di UTP. Aku hanya tahu mengenai event ini pun setelah ia telah berlangsung selama sejam.

Aku pelik, kenapa takda poster yang ditampal kat board bawah blok? Biasanya aku akan luangkan masa sekejap untuk menilik satu-persatu poster kat situ. Serius aku hampa.

Bagi aku, ini bengkel yang perlu semua orang join dahulu sebelum join mana-mana bengkel atau kursus. Contohnya kursus kahwin.

Dulu aku pernah mengikuti kursus ni, tapi waktu tu aku masih mentah. Baru berumur 15 tahun. Mungkin bagi orang lain, umur 15 tahun dah matang. Tapi aku pada waktu tu masih ralit dengan bermain bola sepak waktu petang dan melayan cerita hindustan. Dan telenovela kadang-kadang. Ilmu-ilmu yang berkaitan dengan pengurusan jenazah yang telah aku belajar dulu, termasuklah doa-doa yang sepatutnya perlu dihafal, telah lama luput dari ingatan aku.

Tau kenapa aku teringin sangat nak mengikuti kursus ni? Cuba dengar ceramah Ustaz Don kat video di bawah. Kalau tak terasa dengan kata-kata Ustaz Don tu, memang tak tahu la nak cakap apa. Mesti ada problem dengan hati korang ni.