Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui
Selama ini

Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami

Selagi hayat di kandung badan
Takkan ku menyerah kalah
Walau mimpi ku musnah
Harapan ku hancur
Sayapku patah

Kan ku pancarkan cahaya,
Seperti pelita ke serata dunia,
Yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas
Yang terakhir.

Tak pernah sesaat ku mencurigai
Apa yg telah aku kecapi
Setakat ini

Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi, takkan kembali
Kembali lagi,

Selagi jasadku belum terkubur!
Selagi tubuhku, belum ditimpa uzur!
Pantang datuk nenek moyangku
Berundur!

Akan ku pancar cahaya seperti pelita
Ke serata dunia
Seperti cahaya…….

 A.P.I merupakan gabungan daripada penyanyi Noh (Hujan),Lan (Typewritter),Din Homatov (Estranged),Imran (One Buck Short),AJ (Pop Shuvit) dan loQue (MonoloQue/ Butterfingers). Lagu ni merupakan OST untuk filem Hooperz.

Lagu ni mungkin dah lama tapi aku baru je nak start layan. Lirik dia best especially kat chorus. Kredit to website Malaysian Indie Music Download dan Indie.my. Layannn..