“Putus Asa Jangan!!”

Ini la status Gtalk aku sejak beberapa bulan yang lepas. Dari mana datangnya ayat ni aku pun tak tau. Tapi yang penting, dapat memujuk hati aku yang lara dan kecewa selepas menduduki paper pertama hari ni.hukhuk

Hari ni, first paper aku untuk final exam iaitu Transport Phenomena. Menjawab paper subjek TP ni memang sangat mencabar bagi aku. Dah la terpaksa duduk depan sekali dalam Chancellor Hall dan betul-betul depan aircond. Menggigil aku dibuatnya. Nasib baik dah training study kat IRC. So boleh la membiasakan diri dengan suasana sejuk dalam exam hall tu.hehe

Tapi aku agak kecewa dengan paper hari ni. Aku terlalu nervous mungkin, atau bak kata lecturer TP aku, dia kata aku kurang yakin dalam menjawab soalan TP. Dan memang betullah apa yang dia cakap. Terlalu banyak benda yang aku keliru, was-was dan lupa. Soalan tu tak susah sangat pun sebenarnya. Cuma berbelit-belit skit je.Arghhh..

Tapi takpe, benda dah lepas. Aku dah berusaha sehabis baik. Yang penting tawakkal je. Aku tak leh putus asa sekarang. Masih ada tiga lagi paper untuk dihadapi sebelum berpraktikal di Penang.

BERTAHAN!!!

p/s: Dalam post sebelum ni aku ada tulis, jangan terpedaya dengan gambar kat dalam tu. Dan hari ni kata-kata itu terbukti betul. Terupdate jugak blog aku ni. haha