Volkswagen MyVi

“Jom, kita gerak sekarang..” Harun mengajak aku dan dua lagi kawan untuk keluar waktu rehat. Jam menunjukkan pukul 12.20 tengah hari, kira-kira ada sepuluh minit lagi sebelum tiba waktu rehat. Tapi memandangkan bos tak ada, jadi boleh keluar awal sikit.

Selepas mengharungi panas terik mentari, akhirnya kami sampai ke tempat parking. Di situ kereta MyVi hitam baru dan masih berkilat milik Harun sedang setia menunggu. Aku duduk di sebelah pemandu.

“Duuppp” – bunyi aku tutup pintu kereta. Kuat sikit bunyinya. Harun pandang aku sekejap, lalu dia bercerita dengan wajah ceria.

“Kau pernah tak tengok iklan kereta Volkwagen dalam youtube? Dalam tu dia ada buat demo. Dia bukak pintu kereta dan hempas kuat-kuat. Lepas tu dia ulang lagi berkali-kali dengan sangat laju. Lepas tu dia bukak pintu, dia bergayut kat kereta tu kemudian dia tutup balik. Dia buat banyak kali lah. Tapi pintu kereta tu tak rosak pun…” kata Harun sambil membuat gaya orang bukak dan tutup pintu kereta dengan kuat.

Aku pandang muka Harun dengan wajah penuh memahami maksud yang tersirat. “Herm, okay okay. Sorry. Lepas ni aku tak nak buat lagi..”

“Hahahaha. Nasib baik kau faham. Kalau tak aku tinggal je kau kat mana-mana lepas ni..”

Di bahagian belakang, kawan aku sedang menutup pintu kereta dengan penuh hati-hati. Takut kena tinggal agaknya.

Comments

Anonymous said…
Hanan ; taktau nak komen apa tapi tersengih macam kerang busuk bila baca. haha
Anonymous said…
peh awon..pandai convey message dgn begitu tersirat sekali....ak pon bengang gk org ttp pintu kuat...hehe
Raz said…
dahsyat kawan anda. hahaha
Hazwan said…
tak kisah pun. biasa la tu adat menumpang kereta orang >_<
Unknown said…
biasalah adat menumpang, bukan adat menghentam pintu kereta sesuka hati macam kereta sendiri, ye dok hazwang?
penaberkala said…
nk tutup pintu kena berbeza-beza ikut kereta
kadang-kadang,tutup slow dah, tp terkuat pulok
kah3

kete baru dekpun, tu kena slow-slow

Popular Posts