Derita Si Bujang

“Kahwin la cepat-cepat wei. Rugi kahwin lambat-lambat ni. Tahu tak?” Ayie yang dari tadi duduk di tepi aku bersuara. Kekusyukan yang aku berikan kepada PFD di depan mata tadi agak terganggu. Aku ni jenis mudah hilang fokus kalau orang sebut pasal kahwin. Aku letak pen atas meja.

“Okey, cuba kau bagi sebab yang dapat pengaruhi aku untuk kahwin awal,” aku tanya, cuba untuk mendapatkan penjelasan yang lebih dalam.

“Okey, macam ni. Katakan sorang lelaki kahwin umur 35 tahun, kemudian dapat anak umur 38 tahun. Umur pencen pulak lebih kurang umur 56 tahun. Jadi dia ada lebih kurang 18 tahun je masa untuk menanggung anak sulung dia dengan hasil gaji dia. Seterusnya, yang tinggal hanya lah duit pencen. Tu baru anak pertama, tak kira anak kedua, tiga, empat, lima lagi. Jadi maknanya, agak susah sikit la untuk menyimpan duit waktu tua nanti sebab duit sentiasa digunakan untuk perbelanjaan anak-anak.

Lagi satu, kau takleh expect yang anak kau sentiasa sihat. Jadi bila kerja ni, company lah yang akan tanggung kos perubatan isteri dan anak-anak kau. Kalau kau dah pencen nanti, sape yang nak tanggung kos tu semua? Takkan kau nak bayar insuran tiap-tiap bulan. Tak mampu bro!

Satu lagi, kita ni tak sentiasa sihat, Time macam ni la senang nak dapat anak. Tuan anti mungkin susah sikit,” panjang lebar penerangan daripada Ayie. Banyak benda yang aku tak setuju terutama bab kahwin umur 35 tahun tu.

“Tapi, aku tak rasa pun nak kahwin lewat sampai macam tu. Aku target dalam umur 26 tahun kot..” aku balas pendek.

“Hah, umur 26 tu dikira okey la. Tak tua sangat. Kira masih muda la tu. Satu lagi, nak cari isteri tu biarlah sepadan, senang nak kawal, senang nak didik. Jangan cari yang kaya sangat atau yang bergaji besar. Biasanya kalau kahwin dengan anak orang kaya atau yang bergaji besar ni, susah sikit nak didik diorang untuk hidup sederhana berjimat cermat. Sebab diorang ni memang dah semula jadi suka membeli.

Kadang-kadang perempuan yang bergaji besar daripada suami, ego dia lebih sikit. Dah berapa ramai kawan yang aku kenal bercerai dengan bini sebab gaji perempuan lebih besar.. Jadi, cari la isteri yang biasa-biasa. Senang la kau nak bimbing nanti..”

Aku mengangguk tanda setuju. Panjang betul penerangan yang dia bagi. Bila fikir-fikir balik, ada logiknya kata-kata Ayie ni. Tak pasal-pasal dapat nasihat tentang tips memilih isteri.

****

Aku lepak dalam pantry sambil minum Teh O panas yang dicampur dengan dua sudu besar susu tepung Nespray. Manis-manis sedap rasanya. Tiba-tiba Sukeri masuk lalu bercerita.

“Mu tau dop, dulu ada seorang sahabat datang mengadu kat Rasulullah. Dia kabor, hidup dia susoh sangat-sangat. Dia nak mitok nasihat dari Rasulullah. Mu tahu Rasulullah jawab apa? Rasulullah suruh dia kahwin. Haaa, jadi dari cerita ni, dia nok kabor ke mu yang bila kahwin ni hidup dok susoh. Mesti ada rezeki dari mana-mana yang tuhan nok bagi. Insyaallah ada…”

Aku hanya mampu sengih bila dengar cerita dia ni. Dah la masuk mengejut, terus bukak cerita pasal kahwin.

****

Okey, sekarang korang dah nampak apa penderitaan aku bila kerja dengan ramai orang dah kahwin ni? Otak asyik kena ‘brainwash’ untuk kahwin. Tu tak termasuk lagi cerita sweet-sweet perkahwinan diorang dan jugak tabiat kawan-kawan bujang yang jugak suka bukak topic pasal kahwin. Arghh. Tensi!

Comments

Unknown said…
haha..
ada pro n cons gak la kawen lewat ni.. kalo dh kawen ko x leh nk patah balik.. kalo x kawen ko kena maksimumkan masa.. guna sebaik mungkin.. cth ko bleh p travel.. pastu saving utk bli umah.. mcm akak.. kakakaka.. k bye
selain itu,
kahwin juga dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan(maruah la)..

byk manfaat kahwin ni..

:)
Hazwan said…
Banyak benda lagi yang nak kena settel ni. Tunggu2 haha
Anonymous said…
yayao, enjoy duluuuuuuu puas2...bagi puas kasi duit kt parent dlu...kau lelaki kot, takde expired date,,,,haha!
Hazwan said…
yeppp!!! tunaikan tanggungjawab lain dulu =)
HaiDa HiDa said…
derita gak la tambah2 di usia 30 siri ni.. mcm2 cerita, mcm2 pertanyaan.. tpi nk wat mcm mne kan, mulut org ni mcm mulut tempayan.. tapi kalau betul2 mulut tempayan senang, kte tutup je ngan penutup simen.. huhuu..

apa2 pun kita hanya merancang.. jodoh pertemuan, ajal maut ketentuanNYA.. DIA lebih tahu apa yg terbaik tuk kita.. jgn tensi2 ya.. :)
Hazwan said…
Insyaallah jodoh tu ada. Jangan putus asa yer ;)
tifateha said…
aku phm prasaan ko, sbb aku pon sme. mn2 pegi sume bg syarahan free psl kawin. haha, bnyk bnd nak setel, kalo ade jodoh xkemana, kawin jgk nnt. hoho =)
Anonymous said…
Benda yang tak settle kalau difikirkan makin lama makin bertambah....seeloknya kalu sudah ketemu jodohnya, cubalah usaha untuk jodoh kita itu menjadi.Insyallah, Allah SWT Maha Pemurah, Dia akan menolong...kita perlu ingat yang paling rapat dengan kita sebenarnya Allah SWT...kita sahaja yang tidak menyedarinya. Bergantunglah hidup pada Allah SWT, tiada yang setanding-Nya.

Popular Posts