Jam sudah melewati pukul 5.30 petang. Ini bermakna aku tersilap buat overtime selama 15 minit. Dengan tangkas aku pergi ke sinki berhampiran untuk mencuci tangan selepas seharian bermain dengan benda-benda elektronik ni. Tangan ku gosok berhati-hati dengan menggunakan sabun yang kurang enak baunya. Aku capai sedikit tisu lalu keluar dari lab dengan hati yang kurang tenang.
Sampai di parking, aku menghidupkan enjin motor Wave yang berwarna pink lalu keluar dari kawasan AMD sambil tersengih-sengih  kepada pakgad. Motor pink tu aku pinjam daripada Kak Ain, salah seorang engineer kat situ yang baru saja angkat sebuah Viva baru berwarna putih.
Aku memecut perlahan-lahan sambil fikiran melayang entah ke mana. Sampai di traffic light  di Relau, aku belok kanan. Berderet-deret bas kilang berwarna biru sedang menurunkan perkerja-perkeja kilang di tepi jalan. Hampir semuanya bukan orang Malaysia. Macam tinggal di oversea je keadaannya. Aku mula risau, pasti lif akan penuh nanti. Aku cuba memecut tapi gagal kerana jalan busy sangat. Bukan dengan kenderaan tapi dengan orang. Yang ni aku nak marah sangat ni. Budak-budak oversea ni memang tak reti adab berjalan kaki.
Aku mencelah-celah dengan berhati-hati. Selepas melepasi dua bas yang berhenti di tepi jalan, tiba-tiba ada sesuatu melintas.
“Gedebuk!!!!!”
Aku jatuh tergolek atas jalan dengan perlahan-lahan. Teringat balik, aku terlanggar seorang budak yang melintas jalan secara tiba-tiba. Aku sempat brek sikit je. Pastu yang aku ingat, kepala budak tu terkena handle motor. Aku mula berdebar. ‘Masih hidup ke budak tadi?’ getus aku dalam hati. Aku bangun dengan tangan terketar-ketar sambil mencari kasut yang tercabut. Tiba—tiba datang seorang brader dengan muka yang agak otai. Aku panik!
bersambung

p/s:apa kata kalau anda semua like facebook page kat tepi tu dulu hehe ---->