Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....

Hikayat Seribu Hari

Posted In: . By Hazwan

"Abang, tahu tak esok hari apa?" - tiba-tiba orang rumah memulakan perbualan ketika aku berbaring depan tv. Tv tak bukak pun, saja berbaring lepas kepenatan bekerja. 

"Esok kan hari Jumaat," - aku balas ringkas denga jawapan yang paling logik dalam kepala. 

"Bukan la. Saya tahu la esok hari Jumaat."

"Dah tu. Ke esok ulang tahun first time kita kenal?" 

"Bukan!!" 

"First time kita dating?"

"Bukan!!" 

"Dah tu. Sorry lah, abang tak ada idea." 

"Saya bagi abang masa sampai lepas Maghrib. Nanti saya tanya balik." 

Berdebar pulak bila dengar. Lepas kahwin ni aku tak ambil tahu sangat pasal tarikh-tarikh ni. Tarikh bertunang pun dah lupa. Haha !

***** 

"Dah dapat jawapan?" - dia tanya lagi lepas solat. Ingatkan dah lupa.

"Takda. Takda idea. Rasanya birthday awak pun sebulan lagi. Ke sekarang ni kita dalam bulan 11?" - aku tanya balik. Blur. 

"Bukan. Sebenarnya esok genap seribu hari kita berkahwin haha" 

***** 

Ya Allah. 

Sambung Bacaan

Usolli Usolli

Posted In: , . By Hazwan

 "Usolli.. Usolli.. Jom solat!! Solat!!"


Terdengar panggilan untuk menunaikan solat berjemaah melalui walkie-talkie. Begitulah rutin setiap kali masuk waktu solat di kilang ni. Setiap kali masuk waktu solat, hampir semua orang akan solat berjemaah. 


Bersyukur sebenarnya bila dikelilingi orang-orang yang mementingkan solat jemaah. Tapi tu bukan point utama aku menulis ni. Ada sebab lain.


Ketika mendengar panggilan untuk solat tadi, entah bagaimana fikiran aku boleh teringat balik memori nakal zaman sekolah rendah dulu. Waktu tu aku sekolah sesi petang. Darjah dua atau tiga, aku pun dah tak ingat.


Tapi yang aku ingat, ada sorang kawan yang suka buat pantun berlagu dengan perkataan 'usolli'. Bunyi dia macam ni.


"Usolli, ketupat tiga segi, cicah air teh peng, Allahhhh sedapnya !!"


Kahkahkah. Senyum sorang-sorang tadi waktu berjalan pergi surau. Macam mana lah otak aku boleh teringat balik benda ni.


Apa khabar agaknya rakan-rakan sekolah rendah dulu. Ada yang masih berhubung, ada yang terus senyap walaupun kadang-kadang nampak juga dekat Facebook.


Teringin jugak nak PM bertanya khabar. Tapi gitu lah, nak PM kan takut orang ingat aku nak menjual emas.


Yelah, aku kan dealer emas Public Gold.


p/s: Dah setahun lebih ye aku tak menulis.


Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...