Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....

Biskut Cap Ping-Pong

Posted In: . By Hazwan


Mungkin 10 tahun akan datang, 20 tahun akan datang, atau sampai ke hari tua. Jika dipanjangkan umur aku harap aku akan sentiasa tersenyum bila melihat biskut cap Ping Pong. Biskut ini bukan biskut biasa-biasa. Ia biskut yang penuh dengan makna. Dan ada cerita.

Seperti yang aku cakap, biskut ini bukan biskut biasa-biasa. Kalau dimakan bersama air teh o atau pun nescafe panas pada waktu petang, nikmatnya tidak terkata. Sebab tu biskut ini kehabisan stok di Taman Maju. Aku cari kat Tesco, habis! Aku cari kat Rahmath, habis! Aku cari kat Halida, habis! Aku cari kat kedai di dalam  UTP, pun habis!

Tapi takpe, aku makan biskut Tiger. Pun boleh.

Namun ada seorang kawan. Dia pergi Johor untuk satu urusan. Di sana, dia nampak banyak peket-peket biskut cap Ping Pong. Dan dia belikan untuk aku.

Aku terharu la bro. Sampai ke Johor kau cari biskut tu untuk aku hahaha

TQ Nash!! Nanti aku belanja keropok lekor.

Sambung Bacaan

KOPI

Posted In: . By Hazwan

Tidak sesuai untuk dibaca oleh kanak-kanak -__-"
Sambil meniarap atas katil, aku belek Kopi sehelai demi sehelai. Suasana yang sejuk dan sunyi pada waktu pagi membuatkan aku hanyut dengan dunia kopi-kopi yang ditulis. Semua cerita diolah dengan elemen kopi. Dan ceritanya agak menarik. Bukan novel tapi cerpen-cerpen yang ditulis oleh penulis bebas dan dikumpulkan bersama. Ada manis, pahit, kelat, pekat dan berbagai lagi jenis kopi. Kopi yang rasa seram pun ada.

Baru beberapa cerita aku habiskan, tiba-tiba aku teringin nak minum kopi. Aroma kopi dalam buku ini benar-benar menggoda aku. Tapi kat bilik aku tak ada kopi. Aku tutup buku dan simpan semula dalam rak buku yang diberi oleh Amin semester lepas. Aku capai baju dan helmet, dan terus bergegas ke kedai mamak dengan motor kapcai aku yang sudah lanjut usianya.

"Mamak, nak kopi satu. Kasi kaw-kaw punya. Aaaaa, nak makan roti canai kosong kasi garing. Banjir!!"

*****

True story HAHAHA
Sambung Bacaan

Pasca Baucar Buku 1Malaysia

Posted In: . By Hazwan


Aku dah cakap sebelum ni, baucer buku tu aku nak guna untuk beli barang makanan.  Kalau ada baki baru aku akan guna untuk beli buku.. Hasilnya, aku berjaya membeli beras sekampit, biskut, Milo, Nescafe, susu pekat, alat-alat mandi dan bermacam-macam lagi. Jumlahnya, ada la dalam RM100.

Jadi, baki baucer tersebut ada dalam RM100. Mak aku ada pesan, gunalah baucer tu untuk beli buku. Jadi sebagai mematuhi pesanan mak dan juga amanah kerajaan yang inginkan rakyatnya semakin rajin membaca, maka memborong lah aku sedikit buku-buku berunsur keagamaan dan juga unsur keduniaan. Bak kata orang, kita perlu menyeimbangkan urusan dunia dan akhirat hihihi

Buku-buku yang aku beli seperti anda lihat di dalam gambar diatas. Buku pertama ialah buku soal jawab duta bahasa Terengganu yang terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus. Buku ini bertajuk Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Masalah Semasa. Buku ni dah lama ada dalam target aku, cuma baucer buku saja yang lambat sikit dapat.

Sambung Bacaan

Tin Susu Dalam Masjid

Posted In: . By Hazwan


Aku duduk bersila di atas karpet masjid dengan tertib seorang lelaki. Kedua-dua siku aku letak atas peha, dan tangan aku saling berpegangan. Aku rasa hensem hari ni, pakai baju melayu biru dan kopiah kuning.

Aku pandang depan, cuba fokus dengan apa yang disampaikan oleh khatib dalam khutbah Jumaat. Tapi aku tak dapat mendengar apa-apa. Pelik, sound system rosak agaknya.

Keadaan dalam masjid kem askar ni dah banyak berubah. Dah ada aircond. Di depan sebelah kanan aku ada seorang lelaki berbaju melayu hitam. Mukanya macam pernah aku nampak tapi aku tak pasti kat mana. Aku pandang depan lagi, tapi tak dengar apa-apa.

Tiba-tiba ada seorang lelaki datang menghulur dua tin susu pekat cair. Satu lagi kosong. Satu lagi berisi susu yang sudah pun dibuka. Di sekeliling tin susu tu ada lelehan susu likat. Aku mengagak, mungkin tin susu kosong itu digunakan untuk kutipan derma. Tapi yang berisi susu itu nak buat apa?

Aku sambut dan cuba pass tin susu itu kepada lelaki baju hitam tadi. Tapi dia pandang dengan muka tak bersalah, takda tindak balas. Aku pun pusing belakang, dan bagi kedua-dua tin susu itu kepada orang yang dudk kat belakang. Tangan aku rasa sedikit melekit selepas memegang tin susu tadi.

Kemudian, orang-orang sekeliling menadah tangan. Itu tandanya imam sudah menghabiskan khutbah pertama. Aku lekas bangun dan menuju pintu sebelah kanan masjid untuk ke tempat mengambil wudhu. Aku nak basuh tangan yang dah rasa melekit ni. Selepas menuruni tangga batu, aku perasan ada air melimpah kat tempat mengambil wudhu.

Aku jalan perlahan-lahan, takut tergelincir. Aku cuba naik kat tempat meletakkan kaki yang digunakan orang untuk mengambil wudhu. Tiba-tiba kaki terjerlus dalam lubang yang dipenuhi air. Badan aku kaku. Aku cuba menjerit tapi tak dapat. Aaaaaaaaaaaa!!!

****

Aku terjaga. Caittt!! Aku mimpi rupanya. Bangang ke apa ada tin susu cair dalam masjid. Aku tengok jam, sudah pukul 1 tengah hari. Aku cepat-cepat mandi, hari ni kan hari Jumaat.

p/s: Sekarang aku tengah fikir kenapa aku menulis benda ni. Dan aku pun tengah fikir, kenapa ko baca benda ni sampai habis. Takde faedah wei HAHA! Ok bai.
Sambung Bacaan

Maggi Tiger

Posted In: . By Hazwan

Malas nak mengadu kat manusia. Kalau tahu password, bukak lah sendiri.
Sambung Bacaan

Isu Amah Indonesia

Posted In: . By Hazwan



Setiap kali aku balik rumah, mesti akan ada cerita pasal isu amah Indonesia di berita dalam tv. Kalau anda perasan, isu ni sudah berlarutan hampir dua tahun dan kemuncaknya ketika Indonesia membekukan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia akhir tahun lepas.

Perkara ini berlaku berikutan beberapa kes pembantu rumah didera dan menimbulkan amarah rakyat Indonesia. Padahal mereka tak tahu, dah berapa ramai majikan yang disihir, barang-barang majikan dilarikan, anak-anak majikan didera, amah lari bersama pakwe Bangla dan juga bakar rumah majikan. Banyak lagi sebenarnya.

Tapi akhirnya perkara ini berjaya diselesaikan dengan kacaknya oleh Perdana Menteri kita. Dan hari ni, ada satu berita lain pulak. Yang ni buat aku menyampah sket.

JAKARTA: Indonesia mula melatih pembantu rumah untuk dihantar ke Malaysia yang hanya akan melakukan satu tugas khusus sama ada tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua atau pengemas rumah dengan gaji minimum RM700 sebulan. 

Berdasar peraturan itu, jika seorang pembantu rumah diambil untuk menjadi tukang masak, dia akan hanya menjalankan tugas memasak serta tugas berkaitan sebagai tukang masak dan tidak melakukan tugas lain seperti mengasuh bayi.  
Majikan yang memerlukan pembantu rumah Indonesia untuk menjalankan semua empat tugas itu perlu mengambil empat pembantu rumah yang khusus terlatih dalam kemahiran masing-masing. 

Korang tak rasa bangang ke? Untuk menguruskan satu rumah, majikan perlu membelanjakan hampir RM3 ribu sebulan. Atau pun dalam ayat lain, anda perlu membayar RM700 sebulan untuk seorang tukang sapu dalam rumah atau tukang masak. Padahal mereka bukannya berkerja 24 jam mengemas rumah.

Cuba bayangkan kalau seseorang itu mengambil pembantu rumah untuk menguruskan anak. Kalau anak dah pergi sekolah, amah tu nak buat apa? Layan Sinetron? Tidur? Gayut telefon? Bawak pakwe masuk rumah? Tak ke bangang namanya bayar mahal-mahal tapi buat keje sikit.

Sambung Bacaan


Ada dua soalan yang orang selalu tanya aku. Pertamanya, kenapa tak tidur lepas Subuh? Jawapannya mudah, aku tak biasa sangat tidur pagi-pagi. Kalau aku tidur, komfem kepala aku pening sepanjang hari, badan rasa lemau dan emo tak tentu pasal. Ala-ala PMS sket haha.

Kalau balik kampung, aku banyak kerja sket waktu pagi. Sama ada pergi pasar untuk cari makanan atau pun pergi menolong nenek aku berniaga kat warung kopi berhampiran jeti penambang Seberang Takir. Kalau tak pun, pergi menebas dan mencangkul semak-samun kat belakang rumah.

Masa kecik-kecik dulu, waktu pagi aku ada sedikit tugas penting iaitu kena bagi ayam dan angsa makan. Sebab tu takleh tidur pagi. Tapi sejak masuk MRSM, kerja tu diambil oleh orang lain.

Kalau kat UTP, alasan aku bangun awal sebab internet laju hahaha. Tapi yang sebetulnya, bangun diawal pagi ni, murah rezeki sket ;)

Satu lagi soalan, tak sejuk ke mandi awal-awal pagi?

Sambung Bacaan

9 Mac: Setahun Berlalu

Posted In: . By Hazwan

Hari ni 9 Mac 2012. Genap setahun kejadian tu berlaku. Kejadian yang banyak mengubah hidup aku, dan juga meragut nyawa seorang kawan. Biar aku ceritakan dari awal, kisah semasa aku dalam perjalanan pulang ke kampung semasa cuti pertengahan semester tahun lepas.

***** 

Hari-hari terakhir menjelang 9 Mac 2011, hidup aku kurang tenang. Puas aku mencari jawapan mengapa hati aku agak kurang tenang, namun tak jumpa. Kadang-kadang, aku pinjam motor orang dan pergi ke masjid. Aku mintak petunjuk, mintak ketenangan dan mintak dipanjangkan umur. Sebab aku rasa kematian itu semakin hampir.

Setiap malam sebelum tidur, aku akan memerhatikan keadaan diri. Aku tengok-tengok, kalau-kalau tanda kematian itu sudah ada. Itu pun berdasarkan dengan apa yang aku pernah baca sebelum ni. Sungguh, perasaan aku memang kucar-kacir waktu tu. Tapi aku diam, tak berkongsi dengan sesiapa.

Sambung Bacaan

Baucar Buku 1Malaysia

Posted In: . By Hazwan


Selepas menunggu selama sebulan, akhirnya baucar buku 1 Malaysia berada dalam tangan. Dan aku mula membayangkan beberapa benda.

Kertas A4, pensil Shaker, dakwat printer, beras sekampit, tepung gandum, biskut cap Ping-Pong, Nescafe 3 in 1, Milo, susu Anlene, Oat, Maggi tomyam, gas memasak, minyak rambut Gatsby, syampu Rejoice, pencuci muka Fair & Lovely, telur ayam, cili boh, bawang, ikan bilis, pengetip kuku, stapler.

Dan juga buku. Tu pun kalau ada baki.
Sambung Bacaan

Ajaibnya Mesin Basuh

Posted In: , . By Hazwan


Hari ni aku ada cerita ajaib tentang mesin basuh di UTP. Ceritanya begini.

Duduk kat UTP ni, antara perkara yang paling malas untuk aku buat adalah membasuh baju. Sebab kalau nak basuh baju, aku perlu menuruni 4 tingkat sebelum sampai ke mesin basuh yang terletak kat bawah blok. Itu pun belum tentu dapat basuh.

Kadang-kadang terpaksa beratur 2 3 baldi sebelum sampai giliran. Tapi biasanya aku akan potong je sapa-sapa yang lambat. Dah hari ni aku merajinkan diri membasuh baju selepas melihat longgokan baju masam dalam baldi. Nak basuh dengan tangan malas pulak rasanya.

Jadi, selepas dua kali turun aku berjaya memasukkan baju dalam mesin basuh. Sementara menunggu baju aku siap dibasuh, aku kembali ke bilik dan menyediakan sarapan. Hanya segelas neskepe dan 10 keping biskut jagung untuk santapan hari ni. Sambil-sambil tu aku online facebook, twitter dan mencari bahan bacaan di internet.

Akhirnya, terlajak dua jam dan aku bergegas turun ke bawah. Dan cerita ajaibnya pun bermula.

Sambung Bacaan

Malam Inspirasi Seni 2012

Posted In: . By Hazwan


Malam semalam, aku meluangkan sedikit masa untuk menonton pertandingan nasyid yang telah lama bertapak di UTP iaitu Malam Inspirasi Seni. Terkejut jugak pada mulanya, kenapa MIS kali ini diadakan di MPH dan bukannya Chancellor Hall.

Sampai ke MPH, aku terkejut sekali lagi. MIS2012 ini kelihatan seperti MIS2007 yang aku pernah datang dulu. Nampak suram, kerusi pun tak cukup. Usher pun macam ada tak ada. Aku bertanya kepada salah seorang komiti, betul ke ni pertandingan akhir MIS? Kenapa kerusi sikit sangat? Tapi dia diam saja, dan tersengih macam kerang busuk.

Akhirnya aku mendapat jawapan daripada komiti lain. Sebenarnya mereka tidak yakin nak anjurkan di CH kerana dijangka tidak mendapat sambutan. Lagi pun promosi agak kurang. Pasal kerusi pulak, sebenarnya kerusi digunakan untuk test di dewan sebelah lagi. Dan aku memang setuju pasal hal promosi ni. Memang promosi dia agak kurang. Dan tak semeriah macam dulu. Kadang-kadang nampak macam tak bersungguh, atau pun aku sendiri yang tak perasan?

Untuk performance, aku agak kecewa dengan dua persembahan terawal. Pasal tak ingat lirik, mungkin boleh dimaafkan walaupun sepatutnya peserta perlu membuat persiapan yang secukupnya. Lagi pun, MIS ni bukannya event yang biasa-biasa bagi aku. Dan aku agak tak berkenan dengan gaya persembahan satu group. Dah tak macam nasyid dah. Apa kejadahnya letak kaki atas kerusi time nak nyanyi intro?

Sambung Bacaan

Emo

Posted In: , . By Hazwan


Tangan menongkat bahu, dahi berkerut-kerut. Agak lama jugak aku duduk termenung. Malam ni aku emo dengan dua makhluk bernyawa. Kenapa? Tidak perlu aku jelaskan. Nanti korang semua cakap aku bangang tak bertempat. Tapi entah la, aku masih rasa nak emo dengan dua perkara yang tak patut ni.

Dan aku juga nak emo dengan motor aku. Boleh pulak tayar belakang dia bocor semasa aku nak pulang dari Tasik UTP tadi. Nasib baik brader blog IMBA ada sekali. Taklah rasa looser sangat bila jalan sorang-sorang dalam hujan.

Oh, petang tadi ada program Santai Petang di Tasik UTP. Ini edisi pertama sempena tahun lompat. Best jugak. Ada orang nyanyi-nyanyi, jual baju, jual itu-ini dan ada benda lain yang mungkin aku ketinggalan sebab datang lambat. Aku tak ada masalah pun dengan program macam ni kecuali dengan makwe-makwe yang pakai baju tak cukup kain.

Nak tanya, kau tak malu ke pakai baju nampak tali bra? Nampak ketiak ke? Maaf la, fikiran aku agak kolot untuk benda-benda macam ni.

Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...