Sejak COVID 19 melanda dunia tahun lepas, tiba-tiba ramai yang hubungi saya untuk bertanya berkenaan simpanan emas Public Gold. Dan ramai juga customer lama Public Gold hubungi saya untuk bertanya cara untuk menambah simpanan emas dalam akaun akaun mereka.

Di media sosial termasuklah Facebook, Twitter mahu pun Instagram, semua orang bercakap mengenai emas dan Public Gold. 

Dan saya rasa, anda yang sedang membaca tulisan ini mungkin sedang mencari info mengenai simpanan emas Public Gold.

Sebelum tu, elok lah saya perkenalkan diri dulu. Saya Hazwan, merupakan penyimpan emas Public Gold sejak tahun 2010. Dan kemudiannya mengambil keputusan untuk menjadi dealer aktif dalam Public Gold pada tahun 2016. Jadi kedatangan anda ke sini untuk bertanya tentang Public Gold adalah tepat.

Public Gold merupakan satu syarikat yang mejalankan urusan jual beli emas sejak tahun 2008. Dan salah satu kaedah pembelian yang paling popular adalah melalui GAP.

GAP tu apa?

GAP merupakan singkatan kepada Gold Accumulation Program, satu platform menyimpan emas fizikal secara online. Semua urusan jual beli boleh dilakukan secara online dan sudahpun mendapat perakuan patuh syariah.

GAP ni sangat sesuai untuk penyimpan bermodal kecil yang berminat untuk menyimpan emas. Dengan hanya serendah RM100 ringgit, anda sudah boleh membeli emas fizikal dan disimpan dalam GAP.

Apabila simpanan akaun sudah mencukupi, anda sudah boleh keluarkan emas anda dalam bentuk fizikal sama ada 1 gram, 10 gram, 1 dinar atau pun sehingga 1kg. Urusan sangat mudah, hanya bawa IC sahaja.

Jika taknak keluarkan dan mahu simpan dalam akaun? Boleh, tak ada masalah dan tak ada caj yang dikenakan.

Banyak lagi kelebihan mengenai simpanan emas bersama Public Gold yang saya ingin kongsikan. Insyaallah tunggu dalam post yang akan datang.

Jika anda hendak memulakan simpanan emas, boleh tekan link dibawah. Anda akan terus dibawa ke link whatsapp saya. Jangan risau, kalau sekadar hendak bertanya pun boleh. Saya akan jawab berdasarkan kemampuan saya.

Tekan link ini untuk whatsapp

Atau boleh klik dibawah untuk mendaftar sendiri.


Saya akan hubungi anda setelah pendaftaran dibuat untuk urusan selanjutnya. 

Terima kasih.



Sambung Bacaan