Selepas dua minggu menjejakkan kaki di UTP, semalam hosmet aku telah berpakat untuk pergi jalan-jalan ke Taman Rekreasi Gunung Lang. Sebab yang utama, mereka ingin membawa aku keluar setelah terperap begitu lama dalam UTP. Paling jauh pun hanya pergi ke Sabilah Seafood untuk makan malam. Terharu giler >__<

Jadi, apa yang ada di Gunung Lang ni? Gunung Lang ni merupakan satu taman rekreasi yang sangat sesuai bagi golongan pecinta seni fotografi, alam semulajadi dan juga makwe. Di sini, anda akan nampak air terjun yang sangat tinggi jatuh dari celah-celah gunung atau pun bagi aku layak dipanggil sebagai batu besar.

Aktiviti best yang ada disini adalah berjalan-jalan ke kawasan ini dengan menggunakan bot. Dan anda akan berhenti di satu perhentian dan boleh mencuci mata bersama kawan-kawan serta menaiki satu menara untuk melihat pemandangan di situ. Tapi yang naik bot, aku tak join pun. Yang ni aku nak marah ni. Perkhidmatan untuk menaiki bot tu memang tak mesra OKU langsung. Macam mana aku nak turun ke bot tu kalau tak ada tangga? Lepas ni aku ingat nak jadi aktivis untuk OKU lah!

Memandangkan aku tak dapat menaiki bot, aku pun lepak-lepak la kat kawasan menunggu sambil memberi makanan kat ikan. Ok la, dapat tengok ikan keli yang besar. Kalau ikut hati, nak je aku terjun dalam tu. Nasib baik otak aku masih waras dan aku juga tak pandai berenang.

Terima kasih kepada hosmet yang tercinta. Kalau anda ingin tengok gambar yang lagi cantik dan info yang lebih berguna, anda boleh pergi ke blog organizer trip ini iaitu Hati Kecil.