Haihhh
Sambung Bacaan
Salam
Mula-mula sekali, aku nak mintak maaf kepada fan Liverpool krn gagal untuk menyaksikan kekalahan bergaya diorang kepada Manchester United baru-baru ni. Aku sangat kesal kerana tidak dapat mengesat air mata korang malam tu. Sori la, aku ada event MAKK kat Chancellor Hall malam tu.
So, bagi menebus kesalahan aku, aku ingin mengajak korang sama-sama berkaraoke bersama aku menerusi lagu Sandarkan Kepada Kenangan. Lagu ini dicipta khas bagi peminat Liverpool yang sering mengagung-agungkan kegemilangan zaman lampau mereka. Dipersilakan:
Sandarkan Pada Kenangan
(Gerrard)
Kenangan manis kau dan aku
Takkan terluput
Tackle ranjau dalam berliga
Lumrah dunia
(Torres)
Kalah dan kalah
Piala dikenang
Perasaan menjadi rindu
(Carragher + Insua + Agger)
Oh
Lihatlah...diriku yang kehilangan
Tanpa Piala ligaku sayang
Siapalah aku
(Torres + Gerrard)
Kalah dan kalah
Man U yang salah
puncak dendam berpanjangan
Ohhhh
Benitez - solo
(Mascherano)
Mengapa kita harus terkecewa
(Maxi)
Kerana Reina dan bola pantai
(Mascherano)
Apa yang telah terjadi pada kenangan
(Maxi)
Sememangnya aku tak pernah melupakan
(Mascherano)
Mengapa mesti ada kekalahan lagi
(Maxi)
Kerana liga dan juara luput dalam perlawanan
(Gerrard + Torres + Aquilani + Babel + Benayoun)
Marilah semua
Kita saling ingat mengingat
Kalaulah kalah lagi
Kita sandarkan pada kenangan
Benitez - solo
(Carragher + Insua + Agger)
Oh
Lihatlah...diriku yang kehilangan
Tanpa Piala ligaku sayang
Siapalah aku
(Torres + Gerrard)
Kalah dan kalah
Man U yang salah
puncak dendam berpanjangan
Ohhhh
Benitez - solo
(ulang duet antara Mascherano dan Maxi)
Mengapa kita harus terkecewa
Kerana Reina dan Arsene Wenger
Apa yang telah terjadi pada kenangan
Sememangnya aku tak pernah melupakan
Mengapa mesti ada kekalahan lagi
Kerana liga dan piala luput dalam perlawanan
(Gerrard jerit)
Apa yang harus KITA LAKUKANNNN?!!!
(satu pasukan termasuk pemain simpanan dan youth squad)
Kita sandarkan pada kenangannnnnnn
Salam
▼
Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets