Sebentar tadi berlangsungnya perlawanan persahabatan antara Malaysia menentang Myanmar di Stadium Muhammad IV di Kota Bharu, Kelantan. Sebagai seorang ‘kipas-susah-mati’ bolasepak Malaysia, aku melepakkan diri di Sabilah bersama sembilan kawan UTP yang lain. Dan keputusannya Malaysia menang dengan jaringan dua gol berbalas kosong. Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Amirulhadi Zainal dan Badrol Bakhtiar dalam setiap babak.
Untuk perlawanan kali ini, aku tak dapat untuk mengulas dengan lebih lanjut kerana tumpuan aku agak terjejas ketika menonton perlawanan ini. Sebab pertama adalah kerana keadaan padang yang becak yang menggangu tempo permainan kedua-dua pasukan. Aku jadi geram bila tengok hantaran leret yang asyik tersekat-sekat. Sebab kedua adalah kerana aku lebih fokus kepada masakan Ikan Patin Stim dan juga ikan Rohu Masak Tiga Rasa yang terhidang di depan mata. Sedap giler kot! Empat ekor plak tu. hehe
Berbalik kepada tajuk. Dalam perlawanan tadi, anugerah pemain terbaik dimenangi oleh Badrol Bakhtiar. Daripada apa yang tengok tadi, sepatutnya Badrol mampu menjaringkan hatrik pada malam ni namun nasib tak menyebelahi beliau. Amirulhadi juga memainkan peranan sangat penting malam ini sebagai sayap kanan walaupun aku sangat menyampah dengan rambutnya yang berwarna perang. Walau apa pun, permainan pasukan Harimau Malaya malam ini agak memuaskan.
Tahniah Harimau Malaya! Perjuangan belum selesai. Aaaummmmmmm!