Barisan Kemungkinan

Penjaga Gol
Khairul Fahmi Che Mat
Pertahanan
Affizie Faizal, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Zubir Azmi,
Tengah
K. Gurusamy, Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal, Fandi Othman, Irfan Fazail
Penyerang
Izzaq Faris Ramlan

KEPUTUSAN PENUH
Malaysia 2 Lubnan 1
Perghhh, terbaik! Itulah perkataan terbaik dapat aku katakan selepas skuad olimpik negara menang ke atas pasukan Lubnan dengan jaringan dua gol berbalas satu dan sekaligus layak ke pusingan ketiga kelayakan Sukan Olimpik 2012. 

Pada separuh masa pertama Malaysia beraksi baik dengan bermain secara hantara pendek dan sesekali melakukan lorongan jauh yang berjaya memerangkap pihak lawan. Gol pertama Malaysia hadir pada minit ke-8 hasil sepakan volley Irfan Fazail selepas percubaannya sebelum itu diselamatkan oleh pertahanan lawan. Malaysia terus garang dengan kawalan kemas jentera tengah oleh Gurusamy dan juga Gary Steven Robbat. Selepas itu, Malaysia sekali lagi menjaringkan gol cantik yang mempunyai unsur-unsur Arsenal. Lorongan oleh Gary Steven berjaya disambar dengan pantas oleh Wan Zack Haikal yang memastikan Malaysia mendahului dengan jaringan dua kosong.
Gol kedua Malaysia
Separuh masa kedua, Malaysia seakan-seakan mendapat mimpi ngeri apabila pemain tengah, Gary Steven dilayangkan kad merah oleh pengadil. Permainan Malaysia mula kucar-kacir dan lebih banyak bertahan. Dan akhirnya Lubnan berjaya mendapatkan satu gol yang menambahkan lagi debaran penyokong Malaysia. Namun kekebalan benteng Malaysia yang diketuai Muslim Ahmad tetap kental menahan setiap asakan pemain Lubnan.

Akhirnya, wisel penutup dibunyikan dan Malaysia berjaya layak ke pusingan ke tiga dan ini bermakna Malaysia adalah antara 12 pasukan terbaik Asia ketika ini. Perghhh!! Syabas diucapkan kepada pemain-pemain Malaysia terutamanya Fadhli Shas yang berjaya mematahkan setiap hantaran jauh pasukan lawan dan juga kepada K Gurusamay yang tenang di bahagian tengah. Tak lupa juga kepada Wan Zack Haikal yang berlari laju macam lipas kudung (tapi aku menyampah dengan orang yang rambut ade kaler ni). Syabas kepada seluruh pemain Malaysia. Permainan sebentar tadi memang terbaik!!!

Tu saja kot. Maaf, aku tak pandai sangat nak buat liputan tentang perlawanan bola ni keh3

Aaauummmmmmm!!!!