Salam
Hari ni aku nak berkongsi satu cerita. Pada satu hari, satu pasangan suami isteri berjumpa Nabi Musa AS untuk meminta dia mendoakan kepada Allah SWT agar dikurniakan zuriat. Lalu Musa AS berdoa. Allah SWT menjawab bahawa sudah ditetapkan bahawa pasangan tersebut tidak akan memperoleh anak lagi. Lalu Musa AS pun menyampaikan berita sedih tersebut kepada pasangan tadi.
Beberapa tahun kemudian Musa AS terjumpa lagi pasangan tersebut. Nabi Musa AS melihat pasangan tersebut membawa seorang anak. Ditanya kepada pasangan tersebut anak siapa. Lalu dijawab anak dari rahim mereka sendiri. Musa AS pun pelik dan bertanya macam bagaimana mereka dapat anak lagi. Lalu dijawab, "Kami tidak berputus asa dan teruskan berkorban."
Jadi, kesimpulan yang dapat aku buat daripada cerita ini adalah takdir itu dapat diubah. Yang penting kita perlulah sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah supaya nasib kita menjadi lebih baik pada masa akan datang. Tapi kalau setakat berdoa pun tak berguna kalau tidak disertakan dengan usaha.Korang mesti tahu ayat ni kan :
Firman Allah SWT, “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)
Pesanan daripada Bro Bijen M, kepada mereka yang nak sesuatu tu janganlah putus asa dan tambahlah lagi korban korang semua. Juga banyakkan bersedekah. Dan yang sakit-sakit tu pun sama, banyakkan sedekah ke fakir miskin dan orang susah. Moga Allah SWT sembuhkan penyakit kita. Bagi yang dalam kesulitan, setiap pagi, jangan tinggal solat sunat Isyraq 4 rakaat dan baca Yassin. Terima kasih.
Notakaki : Siapa Bijen M? Klik SINI. Apa tu solat sunat Isyraq? Sila klik di SINI. Aku tak pernah lagi solat sunat Isyraq >__<