Dalam beberapa hari ni, tersebar luas beberapa khabar angin yang mengatakan Universiti Teknologi Petronas akan bertukar nama. Menurut ceritanya, UTP tidak lagi akan berada di bawah Petronas. Sebelum ini, aku pernah mendengar cerita bahawa UTP akan ditukar nama kepada Universiti Teknologi Perak namun akhirnya dinafikan.
Sejak minggu lepas, aku mula terbaca tentang perkara ini melalui laman jaringan sosialiaitu di Facebook dan Twitter. Ramai yang tertanya-tanya tentang perkara ini sama ada betul atau tidak. Sejak itu, mula timbul cerita bahawa Universiti Teknologi Petronas akan ditukarkan nama kepada Universiti Teknologi Petroliam. Beberapa budak final year mula gusar kerana bimbang scroll mereka nanti akan terjejas kerana keburukan nama ‘Petroliam’ tersebut.
Ada juga yang mencadangkan nama UTP ditukar kepada Universiti Tronoh, Perak untuk mengekalkan perkataan UTP itu sendiri. Dan ada juga yang mencadangkan pelbagai nama yang canggih dalam facebook seperti Universiti Teknologi Plumbum dan bermacam lagi lah.
Tapi khabar angin yang paling dasyat ialah nama Universiti Teknologi Petronas akan ditukar kepada Universiti Teknologi Permata dan jawatan Chancellor UTP akan dipegang oleh Rosmah Mansur. Tapi aku tahu ini berita bohong.
Selepas terkapai-kapai dengan seribu persoalan, akhirnya Presiden MPPUTP, saudara Hamzah Nawawi muncul di Facebook untuk meredakan kekecohan. Ternyata khabar angin ini adalah bohong belaka kah3. Aku masih tak pasti siapa yang bertanggungjawab dalam menyebarkan berita ini. Dibawah adalah kenyataan rasmi beliau di Facebook.


Yang kat bawah ini adalah terjemahan bahasa Melayu menggunakan Google Translate. Terima kasih.
Untuk semua UTPian, mengenai khabar angin bahawa universiti kami berubah namanya tidak benar. Tidak ada kenyataan rasmi ini dibuat oleh Rektor kita tercinta. Jadi, kampus kami masih Universiti Teknologi Petronas. Terima kasih.